Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki curi motosikal didakwa

Jan 07, 2023 | 04:18 PM



Dua lelaki berusia 23 tahun didakwa pada Sabtu (7 Jan) kerana disyaki terlibat dalam kes pencurian motosikal.

Pihak polis telah menerima laporan kehilangan motosikal itu dari tempat letak kereta sepanjang Jurong West Street 93.

Melalui siasatan dan temu bual dengan penduduk di kawasan itu serta bantuan imej daripada kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Jurong dan Divisyen Polis Clementi telah mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki dan menangkap mereka dalam masa 11 jam selepas laporan tersebut.

Motosikal yang dicuri juga ditemui.

Kesalahan mencuri kenderaan bermotor boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

Pihak polis menasihatkan semua pemilik kenderaan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >