Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki didakwa serang tamu majlis dengan pisau

Apr 10, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan melakukan serangan mengelar (dengan pisau) yang mengganggu upacara perkahwinan di Boon Lay Drive Rabu lalu.



Warga Singapura, Muhammad Sajid Saleem, 20 tahun, dan Niswan Thiruchelvam, 19 tahun, yang kini ditahan reman, mendengar tuduhan yang dibaca di mahkamah daerah melalui panggilan video.



Mereka masing-masing menghadapi satu pertuduhan dengan secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan pisau roti untuk menyerang Encik Praveen Raj Chanthiran di tempat letak kereta terbuka di 175 Boon Lay Drive Rabu lalu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan umur Encik Praveen tetapi polis berkata dalam satu kenyataan awal bahawa kededua tertuduh didakwa menyerang dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun.



Sajid dan Niswan muncul bersama di skrin di dalam bilik mahkamah, berpakaian putih; wajah mereka tanpa ekspresi.



Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara, didenda dan dirotan, lapor The Straits Times.



Mereka tidak diwakili di mahkamah. Mereka direman, dengan kebenaran untuk dibawa keluar bagi siasatan, dan akan kembali ke mahkamah 14 April nanti.



Sekitar 5 petang Rabu lalu, polis menerima beberapa panggilan mendapatkan bantuan dengan laporan mengenai serangan itu.



Usaha memburu kedua-dua suspek dijalankan di seluruh negara dan mereka ditemui polis Khamis lalu di Woodlands dengan bantuan kamera pengawasan.



Tertuduh dibawa semula ke lokasi kejadian pada petang kelmarin untuk berjalan di kawasan itu bersama penyiasat polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >