Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua menteri S'pura hadiri Rumah Terbuka Sultan Johor sempena Lebaran

Apr 22, 2023 | 06:00 PM



DUA Menteri Singapura telah menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene, yang berlangsung hari ini.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng,  menghadiri majlis tersebut.



Semasa kunjungan itu, Cik Fu dan Dr Tan mengadakan pertemuan bersama dan diikuti dengan makan tengah hari bersama Sultan, Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, dan ahli kerabat diraja.



Menurut MFA, lawatan ini menandakan kembalinya tradisi tahunan para pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor, berikutan penangguhan selama tiga tahun semasa pandemik Covid-19. 



"Ia juga merupakan yang terbaru dalam siri pertukaran peringkat tinggi antara Singapura dan Johor sejak sempadan dibuka semula pada April 2022, dan pengesahan semula hubungan yang terjalin lama dan mesra antara Singapura dan Johor," menurut MFA lagi.



Kedua-dua menteri negara ini diiringi oleh para pegawai dari MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >