Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua orang disiasat kerana buat laporan polis palsu

Nov 15, 2016 | 11:29 AM



DUA orang sedang disiasat kerana membuat laporan polis palsu dalam dua kes berasingan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (15 Nov), polis berkata seorang lelaki berusia 27 tahun membuat laporan di Pusat Polis Kejiranan Toa Payoh pada Ahad (13 Nov) bahawa dia diserang dan dirompak tiga lelaki.

Lelaki itu berkata dia tidak mengenali mereka, yang merompak barang peribadinya, termasuk telefon bimbit, di MacPherson Road pada awal hari itu.

Dia juga mendakwa telah mendapatkan bantuan perubatan di sebuah hospital bagi kecederaan akibat serangan tersebut.

Bagaimanapun, pegawai Polis Divisyen Tanglin mendapati banyak ketaktekalan semasa siasatan dan mengesahkan lelaki itu memberi maklumat palsu.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita berusia 35 tahun memberitahu polis pada Ahad bahawa seorang lelaki cuba menculik anak lelakinya dengan menolak kereta sorongnya ketika dia membeli-belah di Bukit Panjang Plaza.

Wanita itu juga memberitahu polis lelaki tersebut melarikan diri selepas dia berjaya menghalangnya.

Bagaimanapun, pegawai Polis Divisyen Jurong mengesan ketaktekalan semasa menjalankan siasatan, dan mengesahkan wanita itu memberi maklumat palsu.

Sesiapa yang disabitkan memberi maklumat palsu kepada seseorang penjawat awam boleh dikenakan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga $5,000, atau kedua-dua hukuman.

Polis mengingatkan orang ramai sumber boleh digunakan dengan lebih baik bagi menangani jenayah dan kecemasan sebenar daripada menyiasat laporan atau maklumat palsu.

"Mereka yang membuat laporan polis palsu atau memberi maklumat palsu akan menghadapi akibat serius di bawah undang-undang," kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >