DUA pekerja dari Bangladesh meninggal dunia selepas mereka dilanggar sebuah trak di tapak binaan Mandai semalam.
Sebuah trak jongket yang sedang berundur ke arah kawasan kerja di Depoh Mandai yang sedang menjalani kerja binaan melanggar mereka, menurut siasatan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM).