Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Dua pelajar Islam pertama sekolah perubatan NTU

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua pelajar Islam pertama sekolah perubatan NTU

Aug 13, 2014 | 05:43 PM

DUA pelajar Islam menyertai kohort kedua sekolah perubatan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini.

Mereka merupakan antara 78 pelajar yang menghadiri majlis menyarung  jubah putih bagi pelajar perubatan baru NTU tadi.

Acara tersebut menandakan permulaan perjalanan mereka dalam bidang perubatan.

Sekolah perubatan NTU yang dikenali sebagai Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) adalah hasil kerjasama antara NTU dengan Imperial College London dan menerima sekumpulan 54 pelajar pertamanya tahun lalu.

Menurut seorang pelajar baru sekolah itu, Encik Adam Mohamed Naveeth, 20 tahun, beliau memilih untuk menyertai LKCMedicine kerana kurikulum bermutu tinggi yang dibangunkan sepasukan pakar yang ditawarkan sekolah itu.

"Pendekatan sekolah ini yang sentiasa memandang ke hadapan dan kesediaannya memeluk teknologi baru untuk menghasilkan pengalaman belajar yang baik bagi kami juga menarik saya menyertai sekolah ini," kata bekas pelajar Maktab Rendah Victoria (VJC) itu yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Tamil dan Perancis, selain Inggeris.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3