DUA guru pelatih, Cik Damaris Wullscheleger dan Cik Tonja Kunzler, dari Universiti Pendidikan Guru Zurich di Switzerland tidak pernah terfikir akan ke Singapura bagi mempelajari seni lukisan batik.
Sedang Cik Wullscheleger, 22 tahun, kepingin ke Sweden atau Denmark bagi mendalami bahasa Sweden atau Danish, Cik Kunzler, 21 tahun pula idamkan peluang ke Hongkong.