Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pembantu rumah ditangkap import rokok secara haram

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



DUA pembantu rumah, kededuanya berusia 26 tahun, ditangkap bulan ini kerana mengimport rokok secara haram.



Mereka dikatakan memberitahu kenalan dari negara asal mereka untuk membeli rokok dan menyembunyikannya dalam bungkusan serbuk cili, mi segera dan ubat-ubatan.



Bungkusan itu dihantar ke alamat rakan mereka di Singapura, dan mereka akan mengambil bungkusan itu dari rakan mereka kemudian, kata Kastam Singapura dalam satu catatan di Facebook semalam.



Komand Kargo Udara, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), telah memaklumkan Kastam Singapura tentang bungkusan itu, dan kedua-dua wanita itu kemudian ditangkap semasa dua serbuan antara 1 dengan 2 November lalu di Whampoa Drive dan Choa Chu Kang Central.



Pegawai merampas 36 karton dan 56 paket rokok tidak dibayar cukai. Kastam Singapura berkata siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >