Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pertiga projek BTO selesai dibina sewaktu pandemik Covid-19, tertunda 6 bulan atau kurang: HDB

BTO
Oct 12, 2021 | 03:39 PM



PEMBELI flat di 17 projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang sudah selesai dibina sewaktu pandemik Covid-19 berdepan dengan masa menunggu tambahan selama enam bulan atau kurang daripada itu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Selasa (12 Oktober).



Sebanyak 17 projek ini membentuk dua pertiga daripada 25 projek BTO yang tamat dibina sejak Januari tahun lalu.



Baki lapan projek BTO pula tertunda antara tujuh hingga 10 bulan, jelas HDB.



Secara keseluruhannya, lebih 16,000 rumah baru telah tamat dibina buat warga Singapura sejak Januari 2020.



Termasuk kelewatan yang berpunca daripada pandemik, masa menunggu bagi projek ini adalah antara 2.4 hingga 5.3 tahun, dengan waktu menunggu purata adalah 4.1 tahun, tambah HDB.



Pada Sabtu lalu, HDB berkata ia berada di dalam landasan yang dirancang bagi menamatkan lagi lima projek BTO menjelang hujung tahun ini, tanpa mengambil kira wujudnya sebarang perkara yang tidak dapat dielakkan.



Awal bulan ini, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menjelaskan di Parlimen mengenai waktu menunggu secara purata bagi flat BTO adalah antara empat hingga lima tahun bahkan selepas mengambil kira penangguhan yang berlaku kerana pandemik.



Encik Lee menjelaskan salah tanggapan tentang waktu menunggu flat BTO yang bertambah antara enam hingga tujuh tahun, mengambil kira impak Covid-19 terhadap sektor binaan.



Bagi projek BTO lebih baru yang dilancarkan tahun ini dan tahun lalu, waktu menunggu secara purata adalah antara tiga hingga 5½ tahun.



Salah satu projek BTO yang selesai dibina dan dibereskan buat pembeli sewaktu pandemik ini adalah Bedok North Vale yang mempunyai 215 unit dalam dua blok.



Kerja pembinaan dimulakan pada Mei 2017 dengan projek ini dijadualkan siap pada suku ketiga 2020. Namun, segala kerja binaan terjejas pada April 2020 sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 selama dua bulan.



Pada Selasa, HDB menjelaskan: "Semua kontraktor binaan terjejas dengan pandemik ini, pada tahap berbeza bergantung pada sumber dan kekuatan kewangan syarikat masing-masing."



HDB menambah ia memeriksa secara tetap dengan kontraktor binaan dan pihak konsultan bagi menghurai sebarang masalah lebih awal dan menawarkan bantuan bila perlu.



"Kami juga mendapatkan bantuan beberapa subkontraktor utama dan pembekal projek BTO kami bagi memperluas sumber maklum balas dan mengenal pasti isu yang timbul lebih awal.



"Kami akan memantau situasi ini secara rapi dan bersedia melakukan lebih lagi dalam membantu kontraktor kami membereskan projek mereka agar pembeli flat boleh mendapatkan kunci dan berpindah ke rumah baru mereka tanpa wujud sebarang gangguan besar seberapa yang mampu," kata HDB.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >