DUA wadah digital baru sedang dibangunkan untuk mempersiap industri kelautan setempat bagi transformasi digital, kata Menteri Penyelaras Prasarana, Encik Khaw Boon Wan.
Bercakap semasa pembukaan sidang Sea Asia semalam, Encik Khaw, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang membangunkan 'Maritime Single Window', yang akan menyediakan akses portal tunggal untuk memberi dokumen bagi pemeriksaan pelabuhan.