Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dugaan apabila diberitahu peluang bayi hidup hanya 2%...

Kini cecah 7 bulan, si comel yang lahir dengan masalah kurangnya pertumbuhan tisu otak perlukan perhatian penuh
Aug 04, 2018 | 05:30 AM



HATI ibu mana yang tidak robek apabila diberitahu bahawa peluang anak yang dikandung untuk hidup hanya 2 peratus.



Bukan itu sahaja, malah, jika bayi tersebut selamat dilahirkan, ia dijangka hidup hanya tiga bulan dan mungkin tidak dapat melihat, bercakap, mendengar atau berjalan.



Semasa mengandung lima bulan, Cik Nur Kamalia diberitahu oleh doktor bahawa bayinya menghidap hydrancephaly - sejenis penyakit yang mengakibatkan kurangnya pertumbuhan tisu otak.



Kepala bayi yang mengalami masalah tersebut biasanya kelihatan lebih besar disebabkan cecair yang memenuhi ruang otak.



Berhadapan segala dugaan itu, Cik Kamalia, 34 tahun, dan suaminya, Encik Muhammad Rashid Rahom, 35 tahun memutuskan untuk berserah dan meneruskan kandungannya itu.



Kini, Muhammad Shahfeequl Aeriel berusia tujuh bulan dan menurut Cik Kamalia, dia boleh melihat, mendengar dan bersuara.



"Memang pada mulanya amat terkejut kerana dalam keluarga kami tidak pernah ada masalah ini, saya juga tidak mengalami masalah ini apabila mengandungkan anak- anak saya yang lain.



"Tapi kami tidak sampai hati nak gugurkan kerana kami anggap dia amanah Tuhan. Saya juga dapat merasakan bahawa dia akan hidup," kata suri rumah itu.



Shahfeequl terpaksa dibedah keluar pada 23 Januari lalu kerana doktor mengesahkan bahawa kepala dia terlalu besar dan mungkin menjejas kesihatan si ibu.



Sejurus selepas dilahirkan, dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair dalam otaknya, dan telah menjalani dua pembedahan lain sejak Februari.



"Selepas dia menjalani pembedahan pertama itu dia terpaksa kekal di hospital selama tiga minggu sementara saya dibenarkan pulang. Tapi setiap kali telefon berdering, kami menjadi kelam-kabut kerana sepanjang tempoh itu, pernafasannya telah berhenti sebanyak lapan kali," ujar Cik Kamalia sambil mengesat air mata yang mengalir, mengenang kembali detik- detik yang menggerunkan itu.



Menurut beliau, disebabkan keadaan anaknya itu, ada kalanya dia akan 'terlupa' bernafas.



"Memang baru-baru ini pun ada berlaku juga di rumah, dia tidak bernafas dan kita akan tepuk- tepuk dia supaya dia 'tersedar' untuk bernafas seperti biasa.



"Tapi doktor sudah beri amaran, kalau satu hari dia masih tak bernafas selepas kami tepuk dia, dah tak boleh buat apa-apa lagi," katanya sambil merenung anak yang didukungnya.



Encik Rashid, yang bekerja sebagai seorang pembuat roti perata di kedai makan berdekatan rumahnya, berkata bahawa ada kalanya Shahfeequl menarik perhatian segelintir orang awam apabila mereka keluar bersiar.



"Ini memang sudah rezeki kami, kita tak perlu rasa malu. Jadi apabila mereka bertanya, kami hanya cuba terangkan keadaannya," katanya.



Beliau dan isteri turut berkongsi rasa positif mereka terhadap perkembangan Shahfeequl.



Menurut Cik Kamalia, empat anaknya yang lain yang berusia antara lima dengan 13 tahun turut membantu menjaga adik mereka itu.



Ditanya tentang harapan beliau terhadap anaknya, Encik Rashid hanya berkata: "Kami sekadar berharap Tuhan dapat pinjamkan dia lebih lama kepada kami... buat masa sekarang kami 'terpilih' untuk menjaganya, dan ini amanah yang akan kami usaha jalankan sebaik mungkin."



Demi memberi sokongan kepada Shahfeequl dan juga ibu bapanya, badan amal HCA Hospice Care (HCA) telah membantu menghantar jururawat ke rumah mereka setiap beberapa minggu untuk memeriksa keadaan Shahfeequl.



Khidmat itu disediakan secara percuma.



Menurut Pengarah Perubatan di HCA, Dr Chong Pong Heng, disebabkan keadaannya, bayi itu tidak menjalani proses pertumbuhan yang sama seperti bayi lain sebaya dengannya, terutama sekali dari segi pergerakan.



"Proses pertumbuhan lebih lambat dan dia mungkin menghadapi pelbagai masalah kesihatan pada masa hadapan.



"Selain penjagaan seperti bayi biasa dia juga perlu menggunakan tiub untuk diberi susu atau makan ubat," katanya.



Menurut Dr Chong, masalah kesihatan Shahfeequl merupakan sesuatu yang tidak boleh diubati.



Katanya: "Masa hadapannya masih tak menentu buat masa sekarang, tapi kita harapkan yang terbaik."



Keluarga Shahfeequl merupakan di antara 40 keluarga pesakit di HCA yang berpeluang bergambar secara profesional di acara Pameran Foto Keluarga - Edisi Hari Kebangsaan yang diadakan hari ini.



Ia bertujuan menyediakan wadah untuk meluangkan masa bersama dan memberikan mereka sesuatu untuk dikenang bersama keluarga mereka.




"Memang baru-baru ini pun ada berlaku juga di rumah, dia tidak bernafas dan kita akan tepuk-tepuk dia supaya dia 'tersedar' untuk bernafas seperti biasa. Tapi doktor sudah beri amaran, kalau satu hari dia masih tak bernafas selepas kami tepuk dia, dah tak boleh buat apa-apa lagi."
- Cik Nur Kamalia, mengenai pernafasan bayinya yang boleh 'berhenti' pada bila-bila masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >