Dulu gagal, benci Matematik, kini masuk NTU

Walaupun secara keseluruhan pencapaian pelajar Melayu dalam bidang akademik sudah meningkat, masih terdapat jurang yang ketara antara anak-anak Melayu berbanding bangsa lain dalam pelajaran Matematik dan Sains. Pemikiran bahawa orang Melayu tidak boleh cemerlang dalam kededua pelajaran ini tidak patut dibiarkan kerana ia bukan mentaliti yang sihat dan baik. NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) menonjolkan beberapa pelajar Melayu/ Islam yang membuktikan bahawa stereotaip pelajar Melayu tidak baik dalam Matematik dan Sains hanya merupakan stereotaip semata.

KEGAGALAN dalam mata pelajaran Matematik tidak pernah dijadikan penghalang untuk bangkit dan mara sehingga Encik Abdul Khairi Abdul Jalil dan Encik Muhammad Khairi Buang kini berjaya ke menara gading.

Kededuanya, 22 tahun, merupakan pelajar tahun pertama di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan Kejuruteraan Bio atau Bioengineering.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:13
Maghrib
6:52
Isyak
8:04
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.