Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu hidup merempat kini jaya peroleh ilmu IT, tambah rezeki

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



TAHUN baru membawa seribu harapan yang lebih cerah bagi kehidupan Cik Sulastry Rozaini.



Bibit-bibit hitam dalam kehidupan lalunya akan sentiasa terpahat dalam lubuk hatinya.



Namun pengalaman lampau itu mengajarnya supaya cekal dan bersemangat demi mengubah nasibnya demi anak-anak tercinta.



Satu ketika dulu, wanita berusia 33 tahun pernah menderita dalam diam kerana tidak mempunyai tempat berteduh dan terperangkap dalam hubungan sulit, hubungan dengan ibu bapa kandung juga terjejas dan mereka tidak berhubungan.



Taman East Coast menjadi 'rumahnya' dan terpaksa mencari sudut senyap untuk tidur.



Dengan tidak mempunyai pekerjaan, wang atau tempat berteduh, ibu tunggal yang mempunyai empat anak - hasil hubungan dengan dua bekas kekasih itu - amat terdesak mahu memberi makan kepada anak-anaknya hingga sanggup mencuri susu dari kedai.



Pernah fotonya disiarkan di Facebook Pasukan Polis Singapura (SPF) awal 2012 sebagai orang dikehendaki. Pegawai penyiasat kes itu terkejut apabila Cik Sulastry menyerah diri secara sukarela.



"Tiada guna berlari. Saya mencuri pun bukan untuk kesenangan sendiri. Patutkah saya biarkan anak-anak saya kelaparan?" rayu Cik Sulastry kepada pihak polis.



Beliau ditahan reman selama sembilan hari dan kemudian dibebaskan dengan probesen dan Mahkamah memberinya peluang memulakan semula hidup tanpa rekod jenayah.



Selepas dibebaskan, beliau dirujukkan ke sebuah pusat khidmat keluarga yang membantunya menangani masalah kewangan dan sosial.



Cik Sulastry dipadankan dengan seorang pekerja sosial yang bekerjasama dengan pertubuhan khidmat sosial Awwa, untuk mendapatkannya tempat perlindungan peralihan.



Beliau cuba memohon flat sewa dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tetapi aplikasinya ditolak kerana beliau ibu tunggal tanpa sijil perkahwinan.



Tetapi seolah-olah seperti ditakdirkan, Cik Sulastry bertemu suaminya tidak lama selepas itu dan mereka berkahwin pada Disember 2018.



"Saya bersyukur kerana suami saya seorang yang bertanggungjawab. Pada masa itu, beliau bekerja sementara saya menjaga anak-anak saya," kata Cik Sulastry.



Pekerja sosial Cik Sulastry dan Awwa meneruskan usaha mereka dan akhirnya berjaya mendapatkannya sebuah flat tiga bilik - di mana beliau menetap sekarang.



Dengan azam untuk mendirikan sebuah kehidupan yang baik untuk anak-anaknya, Cik Sulastry bertekad kembali bekerja.



Beliau dirujukkan kepada Daughters of Tomorrow (DOT), sebuah pertubuhan khidmat sosial, yang mengadakan program celik teknologi maklumat (IT).



"Saya bimbang kerana kebanyakan pekerjaan memerlukan kemahiran IT jadi saya mendaftar ke program tersebut untuk meningkat kemahiran diri," jelas Cik Sulastry.



Tuahnya dan rezekinya semakin menambah apabila beliau berjaya mencari pekerjaan sebagai penyelaras logistik dengan percubaan pertamanya pada awal 2020. Beliau juga dikurniakan anak kelima pada 2019.



Selepas mengatasi pelbagai cabaran dalam kehidupan, Cik Sulastry kini berasa aman dan gembira tinggal bersama suami yang bertugas dalam bidang logistik dan anak-anaknya di rumah sendiri dan mempunyai kerja selesa untuk menyara keluarganya.



"Saya tidak menyangka hidup saya akan menjadi begini. Pada tahun baru ini, saya berazam mahu membina kerjaya saya dan memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak dan keperluan keluarga supaya kami ada masa depan yang baik," kata Cik Sulastry dengan nada sebak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >