Dulu takut, kini selesa ke klinik gigi
Pelajar poly raih Pingat Emas Lembaga Penggalak Kesihatan kerana minat selongkar kerjaya doktor dan pakar terapi gigi
May 12, 2016 | 05:30 AM
KUNJUNGAN ke klinik gigi merupakan perkara yang menakutkan ramai kanak-kanak, termasuk Cik Syahirah Abdul Alim suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, lebih daripada membiarkan dirinya dalam ketakutan, beliau begitu berminat menyelongkar kerjaya doktor gigi mahupun pakar terapi gigi.