Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta kesihatan mental imbas detik sukar

Sep 25, 2023 | 05:30 AM



Tidak mudah bagi Encik Aidil Arsad keluar daripada kemurungan yang dihadapinya untuk mendapatkan bantuan.

Lapan tahun. Itulah masa yang diambilnya, iaitu hingga 2014, untuk memahami lebih lanjut dan mencari jawapan bagi perubahan mendadak dalam tingkah laku dan perasaannya.

Semasa ditemui Berita Harian, pencipta kandungan berusia 36 tahun itu – yang dilantik sebagai duta Beyond the Label (BTL) 2023 – berkongsi kisah perjalanan hidupnya menghadapi dan keluar daripada gangguan kemurungan utama (MDD), gangguan keresahan umum (GAD) dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).


BTL ialah sebuah gerakan bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kesihatan mental.

Encik Aidil berharap dengan menyertai gerakan itu beliau dapat memberikan semangat kepada mereka yang menghadapi cabaran serupa untuk mendapatkan rawatan daripada profesional kesihatan mental.

Menurut Encik Aidil, yang masih seorang bujang, perjalanannya tidak mudah dan beliau mengharungi banyak detik pahit mengalami kemurungan. Beliau juga tidak selesa berkongsi punca isu kesihatan mentalnya.

“Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru dan gejala-gejalanya semakin teruk hingga menjejas kemampuan saya untuk menjalani rutin biasa seperti mandi atau pergi bekerja.

“Saya mengalami serangan panik, terfikir untuk membunuh diri dan tidak dapat keluar rumah selama sebulan selepas insiden traumatik ketika berusia 28 tahun,” kata beliau.

“Saya berasa lega apabila menerima diagnosis secara rasmi di Hospital Universiti Nasional (NUH), kerana ia dapat mengesahkan bahawa pengalaman saya yang sukar bukanlah satu fasa semata-mata tetapi penyakit serius.

“Saya juga dapat merancang rawatan yang sesuai untuk keperluan saya,” tambahnya.

Encik Aidil juga menekankan setiap pesakit melalui perjalanan rawatan unik dan berbeza.

Setelah menjalani pelbagai jenis rawatan hampir tiga bulan, beliau dirujuk kepada ahli psikologi di Pusat Psikologi Klinikal Kesihatan NUS.

Akhirnya beliau mendapati kegiatan kreatif seperti menulis, melukis dan mewarna paling berkesan dalam membantunya.

“Aktiviti-aktiviti ini memberi saya saluran untuk meluahkan ekspresi yang unik dan cara mengalihkan emosi secara berkesan.

“Keseluruhan prosesnya, daripada memilih warna hingga menciptakan karya seni, memberi saya kepuasan dan ketenangan,” kata Encik Aidil.

Tanpa disangka, ia mencetuskan minat beliau untuk menceburi bidang reka bentuk hinggakan beliau terdorong meningkatkan kemahirannya itu dengan mengikuti kursus.

Kini, beliau juga bekerja sebagai pereka utama dan pengurus pemasaran serta bakat bersama syarikat pengurusan acara dan bakat, Mak Besar.

“Saya sangat bersyukur kerana ibu bapa saya menjadi ‘duta-duta’ dalam hidup saya, yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang perjalanan pemulihan saya, baik dalam keadaan manis mahupun pahit.

“Mereka bukan memberi sokongan praktikal dan emosional sahaja, malah membela saya apabila saya tidak mampu bersuara ketika berdepan stigma orang lain,” tambah Encik Aidil.

Beliau menghadiri Festival BTL 2023 pada 8 September, anjuran BTL Collective, yang diketuai oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Perkhidmatan Masyarakat TOUCH, untuk menunjukkan sokongannya kepada gerakan itu.

“Menjadi duta BTL memberi kepuasaan kepada saya kerana dapat bekerjasama dengan banyak pertubuhan dan individu yang bersemangat dalam menyokong kesihatan mental.

“Saya berharap melalui acara-acara yang diadakan BTL Collective, lebih ramai orang mengambil peduli mengenai penyakit dan kesihatan mental, bukan dalam kalangan pesakit sahaja, bahkan orang terdekat mereka dan masyarakat, yang patut memainkan peranan masing-masing untuk membantu pesakit tersebut.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >