Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Petinju Angela Lee mulakan badan amal, komuniti kesihatan mental

Sep 21, 2023 | 03:19 PM



Petinju seni bela diri campuran (MMA) Angela Lee telah melancarkan badan amal dipanggil ‘Fightstory’, yang bertujuan memberi inspirasi dan membina komuniti bagi mereka yang berhadapan masalah kesihatan mental.

Dalam artikel terbitan The Players’ Tribune pada 19 September, Lee, yang berada di Hawaii, berkongsi tentang perjuangan beliau.


Lee menulis beliau ingin “orang ramai sedar bahawa walaupun mereka rasa kesunyian dalam perjuangan menentang masalah kesihatan mental, mereka tidak bersendirian”.

“Di ‘Fightstory’, kami percaya bahawa cerita boleh menyelamatkan nyawa. Naratif ini dan kisah mereka perlu dikongsi dan didengar.

“Kami memberi tumpuan dalam mewujudkan masyarakat di mana suara-suara ini dapat didengar dan kisahnya diraikan,” tambah beliau.

Menurut laporan The Straits Times, beliau juga menyatakan bahawa dengan berkongsi kisah mengatasi kesukaran, orang ramai akan memberikan tumpuan kepada isu yang jarang dibincangkan.


Lee juga menambah bahawa misi ‘Fightstory’ adalah untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kesihatan mental dan menekankan bahawa penyembuhan merupakan satu proses.

Dilahirkan di Canada kepada bapa warga Singapura dan ibu yang berwarga Korea Selatan, Lee menjadi terkenal dalam promosi seni bela diri campuran (MMA) terbesar di Asia, One Championship, di mana beliau mewakili Singapura.

Beliau merupakan juara dunia wanita termuda dalam MMA pada 2016, semasa berusia 19 tahun.

Juara One kategori atomweight itu tidak bertarung sejak Oktober 2022.


Beliau dikatakan sedang mempertimbangkan untuk bersara menyusuli kematian mengejut adik perempuannya, Victoria, berusia 18 tahun, pada Disember 2022.

Dalam artikel The Players’ Tribune itu, Lee turut mengesahkan bahawa adiknya, yang juga rakan atlet MMA, membunuh diri dan ini telah mendorongnya untuk memulakan ‘Fightstory’.


Beliau turut mendedahkan bahawa kemalangan kereta pada 2017 adalah percubaan dirinya untuk membunuh diri.

Pada November 2017, ketika Lee berusia 21 tahun, beliau terlibat dalam kemalangan kereta di Hawaii.

Walaupun beliau dilaporkan mengalami konkusi dan kelecuran ringan, beliau tidak mengalami kecederaan serius.

Pertarungan mempertahankan kejuaraan dunia atomweight yang dimilikinya menentang Mei Yamaguchi dari Jepun di Stadium Tertutup Singapura yang dijadualkan pada akhir bulan itu telah ditangguhkan.


Lee mempunyai rekod 11 kemenangan dan tiga kekalahan dalam pertarungannya.

Pertarungan terakhirnya ialah pada Oktober 2022 ketika beliau tewas dalam perlawanan gelaran dunia bagi kelas strawweight kepada Xiong Jingnan dari China di Stadium Tertutup Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >