Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta Projek Dian@M3 bakal dekati kanak-kanak di flat sewa

20 keluarga di flat sewa bakal didamping selama 6 bulan bagi sokongan pembangunan awal kanak-kanak
Jun 06, 2022 | 05:30 AM



SUKARELAWAN di bawah inisiatif baru Projek Dian@M3 akan melakukan intervensi awal - menyokong kanak-kanak daripada 20 keluarga yang tinggal di flat sewa.



Sebagai sebahagian usaha menyokong inisiatif ini, para duta yang terlibat akan disokong dan dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran dalam pembangunan awal bagi kanak-kanak berusia antara tiga dengan enam tahun, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Antaranya termasuk memahami keadaan sekitaran rumah yang dihuni, keadaan anak-anak mereka, cara berhubung dengan anak-anak dan lain-lain lagi.



Pada masa yang sama duta juga boleh mengongsi pengetahuan yang ditimba tentang bahan yang diperlukan sebagai sebahagian daripada pembangunan awal kanak-kanak tersebut.



Duta-duta ini juga akan diberi maklumat tentang latar belakang keluarga yang akan mereka bakal temui sebelum melangkah masuk ke flat tersebut.



"Persiapan ini penting memandangkan ramai sukarelawan ini tidak berpengetahuan dalam pembangunan awal kanak-kanak.



"Justeru mereka perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan sebelum masuk ke rumah-rumah sewa ini.



Menurut Dr Maliki, latihan dijangka bermula dalam tempoh terdekat ini dan para duta mungkin mula mendekati keluarga-keluarga tersebut sekitar bulan depan.



Di bawah inisiatif baru ini, para sukarelawan akan menjalani latihan hasil kerjasama Projek Dian@M3 dengan program KidSTART di bawah kendalian Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).



Sebanyak 20 keluarga flat sewa di tiga estet perumahan telah dikenal pasti bagi inisiatif perintis ini.



Mereka termasuk keluarga yang tinggal di Blok 38, Bedok South; Blok 1 Eunos Crescent dan Blok 19 Upper Boon Keng Road.



Inisiatif ini diselaraskan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M3) atau M³ ECO. Pejabat itu dibentuk kakitangan dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) PA, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki. 



Di sesi penglibatan di Persatuan Rakyat (PA) semalam, Dr Maliki turut berkongsi pengalaman dan pandangannya "turun padang" ke rumah-rumah sewa sedemikian.



Seramai 40 sukarelawan yang tampil di sesi itu semalam juga berpeluang mengajukan soalan tentang peranan yang bakal dimainkan.



Langkah selanjutnya ialah menjalani latihan yang diperlukan sebelum duta-duta itu semua dirujuk kepada keluarga yang tinggal di flat sewa yang telah dikenal pasti.



Di bawah inisiatif ini, duta-duta yang telah menjalani latihan akan mendampingi keluarga itu untuk tempoh selama enam bulan.



"Namun semasa mula-mula masuk ke rumah tersebut, mereka akan ditemani dan diperkenalkan sukarelawan yang aktif di blok tersebut, sebagai perkenalan awal," kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).



Bagi inisiatif itu, seramai dua duta akan ditugaskan bagi mendampingi sebuah keluarga.



Pendekatan sebegini, kata Dr Maliki "dapat melindungi kededua pihak".



"Apabila anda masuk ke flat tersebut, cuba perhatikan sekitaran semula jadi rumah tersebut, termasuk keadaan fizikal, emosi dan sosial mereka.



"Semasa berinteraksi, duta terlibat boleh perhatikan kanak-kanak tersebut, sekiranya dia tidak mampu lakukan sesuatu yang biasa dilakukan kanak-kanak sebaya, maka salurkan maklumat itu kepada kami.



"Maka membawa masuk duta-duta ini akan membantu kami mempunyai gambaran tentang sekitaran semula jadi dalam rumah tersebut pada masa ini dan bagaimana dapat bekerjasama dengan ibu bapa kanak-kanak itu untuk pembangunan si kecil," ujarnya lagi.



Projek Dian@M3 diperkenalkan tahun lalu bagi menyokong mobiliti sosial penghuni flat sewa agar mereka dapat memiliki flat sendiri.



Pada masa yang sama, ia diharap dapat menawarkan sokongan lebih menyeluruh bagi keluarga tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >