Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dyson rasmikan ibu pejabat global di bangunan St James di Harbourfront

Mar 25, 2022 | 04:48 PM



SYARIKAT peralatan teknologi Dyson secara rasmi membuka ibu pejabat globalnya di bangunan St James Power Station dekat Harbourfront hari ini (25 Mac).



Syarikat itu juga mengumumkan ia akan melabur hampir $1.5 bilion dalam operasinya di Singapura sepanjang empat tahun mendatang.



Ia juga akan meneruskan rancangan menggajikan 250 lagi jurutera dan saintis di Singapura, sebagai sebahagian rancangan pelaburan global bernilai £2.75 bilion ($5 bilion) yang diumumkan pada 2020.



Ini diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa menghadiri perasmian acara itu.



Dalam ucapan beliau di majlis perasmian itu, Encik Lee berkata usaha menarik pelaburan ke Singapura menjadi semakin kritikal dengan sekitaran luar kian mencabar.



Persaingan semakin sengit sedang negara lain mempergiat usaha menarik pelaburan untuk pulih daripada pandemik Covid-19, dan dunia juga melihat ketegangan geopolitik meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >