Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-buku resipi dari pelbagai kaum dilancar demi pererat keharmonian SG

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH buku resipi elektronik yang kandungannya disumbang oleh masyarakat telah dilancarkan di Heartbeat@Bedok semalam.



Dinamakan Feast from the Heart atau 'Juadah dari Hati', buku elektronik (e-buku) itu mengandungi 45 resipi yang disumbang oleh semua lapisan masyarakat.



Ia juga bertujuan untuk menyatukan semua masyarakat serta menggalakkan penghargaan silang budaya melalui juadah makanan sempena bulan keharmonian kaum.



Turut hadir dalam acara itu adalah Penasihat bagi Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India Persatuan Rakyat (Narpani Pearavai), Dr Janil Puthucheary, dan Penasihat bagi Majlis Integrasi PA (INC), Encik Alex Yam.



Penasihat yang hadir turut menyertai demonstrasi memasak secara langsung bersama penyumbang resipi yang menyediakan hidangan etnik mereka sendiri.



Antara yang menyumbangkan kepada buku itu termasuk sukarelawan daripada Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu (MAEC), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India (IAEC), Juara Naturalisasi dan Integrasi (INC) serta warga baru dan rakan kongsi daripada Persatuan Filipina Singapura, Kolej Dulwich (Singapura), Pertubuhan Diaspora Nigeria (Singapura), Persatuan Alumni Universiti Filipina (Singapura) dan Persatuan Tarian Thai.



Daripada lebih 60 resipi yang disumbangkan, 45 resipi yang terdiri daripada hidangan utama, makanan ringan, pencuci mulut dan minuman telah dipilih dan disenaraikan ke dalam e-buku resipi itu.



Resipi yang tersenarai termasuk Bak Chang oleh Encik Mohamed Yasim Mohamed Abidin dari Teck Ghee CC MAEC; Keladi Ditumbuk dengan Sup Biji Tembikai oleh Cik Josephine Obaje dari Pertubuhan Diaspora Nigeria (Singapura); Kidney Bean Falafels oleh Cik Lorna Mallory dari Kolej Dulwich (Singapura) dan Biryani Dum Ayam Hyderabadi oleh Cik Kathe Mrunalini dari Fengshan CC IAEC.



Pengerusi jawatankuasa bagi penganjur projek e-buku itu, Cik Selina Salleh, berkata:



"Lebih daripada sekadar e-buku resipi, Feast from the Heart mencerminkan pengalaman gastronomi berbeza yang menyatukan kita sebagai rakyat Singapura. Walaupun budaya kita berbeza, cinta kita terhadap makanan adalah persamaan yang kita kongsi sebagai rakyat Singapura".



Lebih 400 orang telah menghadiri acara pelancaran e-buku resipi itu semalam.



Mereka juga berpeluang mempelajari tentang budaya masakan yang berbeza serta menikmati masakan itu di lebih 15 gerai makanan yang ada di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >