DALAM masa 45 tahun yang lalu, industri perbankan memainkan peranan penting dalam perubahan Singapura yang luar biasa menjadi pusat kewangan global - dengan sumbangannya kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara meningkat daripada satu angka kepada lebih 13 peratus pada 2017.
Seiring dengan pertumbuhan ini, keanggotaan Persatuan Bank Singapura (ABS) berkembang kepada 156 bank setempat dan luar negara, institusi dan pejabat perwakilannya.