Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EC kian tarik perhatian sedang harga antara unit baru, kondo baru melebar

Jan 16, 2023 | 05:53 PM



KONDOMINIUM eksekutif (EC) semakin mendapat perhatian pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang ingin pindah ke rumah privet, sedang jurang antara harga median EC dan kondominium baru di luar kawasan bandar melebar sejak beberapa tahun ini. 


EC merupakan perumahan hibrid privet dan awam yang dibina oleh pemaju swasta tetapi dijual pada harga lebih rendah berbanding kondominium privet.


Rumah jenis ini cenderung menarik perhatian pembeli rumah kali pertama warga Singapura, dan, sejak beberapa bulan kebelakangan, pemilik flat HDB yang ingin pindah ke rumah privet tetapi berdepan kadar faedah yang semakin meningkat serta ketidaktentuan ekonomi makro, lapor The Straits Times (ST).


Ini dapat dilihat pada sambutan semasa pelancaran projek perumahan Copen Grand di Tengah, yang terdiri daripada 639 unit, dan projek Tenet di Tampines, yang mempunyai 618 unit. 


Bulan lalu, Tenet menyaksikan 447 unit terjual, atau 72 peratus, pada harga purata $1,360 setiap kaki persegi (psf).


Copen Grand menjual 465 unit, atau 73 peratus, pada harga purata $1,300 psf semasa pelancarannya Oktober lalu, dan semua unit dijual sebulan kemudian. 


Tahun lalu, harga median EC baru 33 peratus lebih rendah daripada kondominium di luar kawasan bandar, berbanding 27 peratus pada 2021 dan 23 peratus pada 2019, kata ketua kajian Asia Tenggara CBRE, Cik Tricia Song. 


Sementara itu, jurang harga median antara EC baru dan jualan semula semakin mengecil, sedang harga EC jualan semula tumbuh lebih pantas berbanding EC baru. 


Perbezaaan harga merosot kepada 18.5 peratus pada 2022, daripada 28.6 peratus pada 2019, menurut naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun.


Harga median EC jualan semula tumbuh 31.9 peratus kepada $1,129 psf tahun lalu, daripada $856 psf pada 2019.


Ini berbanding dengan harga EC baru, yang meningkat 21.5 peratus kepada $1,338 psf, daripada $1,101 psf dalam tempoh sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >