Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Editor BH Saat Abdul Rahman dilantik Presiden baru Muis; Alami Musa undur diri

Jul 30, 2021 | 03:00 PM



EDITOR Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat Abdul Rahman, dilantik sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang kesembilan bermula 7 Ogos ini.



Beliau mengambil alih daripada Haji Mohammad Alami Musa yang mengundur diri sebagai sebahagian daripada pembaharuan pucuk pimpinan badan berkanun itu. Haji Alami, 65 tahun, telah berkhidmat selama 18 tahun.



Presiden Muis ialah pelantikan bukan eksekutif, dan merupakan pengerusi Majlis Muis, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Julai).


Encik Saat mengekalkan jawatannya sebagai Editor BH.


Dalam kenyataan itu lagi, MCCY dan Muis melahirkan penghargaan kepada Haji Alami bagi kepimpinannya dalam Muis, serta sumbangannya memperkukuh keharmonian agama di Singapura.



Haji Alami kali pertama dilantik sebagai Presiden Muis pada September 2003, dan kemudian meneruskan khidmat sebagai Presiden bukan eksekutif pada 2013 setelah jawatan Ketua Eksekutif ditubuhkan.



Presiden baru Muis, Encik Saat, 60 tahun, pula bekerjasama rapat dengan Muis dan pertubuhan Melayu/Islam lain untuk mengatasi keperluan masyarakat Melayu/Islam sebagai Editor Berita Harian sejak 2012, kata MCCY.



Beliau juga merupakan anggota lembaga di Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), serta Lembaga Nama Jalan dan Bangunan.


Mengulas peralihan kepimpinan Muis, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengiktiraf kepimpinan Haji Alami sepanjang 18 tahun lalu.


“(Haji Alami) penting dalam usaha mengubah Muis dan sektor keagamaan untuk memenuhi keperluan masyarakat, dan membimbing Muis dalam kerjasama dengan pertubuhan keagamaan dan masyarakat lain untuk memperkukuh keharmonian agama,” kata Encik Masagos.


Mengenai pelantikan Encik Saat, Encik Masagos berkata: “Pengalaman meluas Encik Saat dalam media dan masyarakat akan memperkukuh keupayaan Majlis Muis sedang Muis meningkatkan perhubungan dan usaha pendekatannya untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat dalam sekitaran kian mencabar dan rumit.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >