Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edwin Tong jalani angioplasti, sten dipasang selepas arteri tersumbat

Aug 09, 2023 | 01:25 PM



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, telah menjalani prosedur perubatan pada Selasa untuk merawat arteri koronari yang tersumbat iaitu arteri utama yang membekalkan darah ke jantung.

Dalam catatan Facebook, Encik Tong, 53 tahun, berkata beliau menjalani angiogram - imbasan yang menunjukkan aliran darah melalui arteri dan urat saraf - pada pagi Selasa sebelum menjalani angioplasti pada arteri menurun bahagian anterior kirinya, yang kemudiannya dipasang sten untuk memulihkan aliran darah.

Angioplasti menggunakan belon untuk membuka penyumbatan arteri yang sempit atau tersumbat, yang kemudiannya diikuti dengan pemasukan sten - tiub dawai pendek - untuk membolehkan aliran darah yang lebih baik.

Encik Tong menambah bahawa doktornya telah menemui arteri tersumbat yang teruk semasa pemeriksaan kesihatan rutin.

“Saya bukan penghidap kencing manis mahupun perokok, mengekalkan paras kolesterol yang cukup baik dan (saya) pastinya tidak terus duduk dalam aktiviti harian dan senaman,” tambahnya.

“Jadi agak mengejutkan bagi saya untuk mengetahui keadaan penyumbatan yang dihadapi dan risiko yang ditanggung saya,” tambahnya.

Sambil melahirkan rasa terima kasihnya kepada doktor dan pasukan jururawat kerana menjaganya dengan baik, Encik Tong berkata beliau kini beransur pulih dan akan mengambil perjalanan hidupnya setapak demi setapak serta bekerja dari rumah sebanyak mungkin sebelum kembali kepada rutin biasa.

Beliau menambah bahawa dirinya terpaksa mengurangkan beberapa acara dan mesyuarat sejak beberapa hari lalu, atas arahan doktor untuk tidak terlalu memaksa diri untuk aktif seperti biasa.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang merupakan menteri utama bersama bagi GRC Marine Parade memberitahu The Straits Times bahawa Anggota Parlimen lain di kawasan itu akan membantu mengendalikan tugas Encik Tong semasa tempoh pemulihannya.


Sementara itu, Encik Tong akan menghabiskan masa pada Hari Kebangsaan di hospital dan akan bersorak bagi pasukan Red Lions serta peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) lain di televisyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >