Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Edwin Tong: Lagu mirip Count on Me, Singapore dipadam di wadah tertentu

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



PENGGUBAH muzik India, Encik Joey Mendoza, yang mendakwa telah menulis lagu mirip lagu Hari Kebangsaan Count on Me, Singapore, mengesahkan bahawa lagu itu telah dipadamkan dari rangkaian dan wadah tertentu.



Singapura memutuskan agar tidak mengambil sebarang tindakan susulan, menurut Menteri bagi Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Berkata demikian di parlimen semalam, Encik Tong berkata pengakuan Encik Mendoza bahawa beliau tidak menggubah lagu itu dan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap lirik dan lagu, mengesahkan bahawa Count on Me, Singapore ditulis oleh Encik Hugh Harrison dan Singapura memiliki hak terhadap lagu tersebut.



"Lagu kebangsaan kita memiliki ruang istimewa dalam jiwa warga Singapura. MCCY mengambil serius sebarang ancaman terhadap hak milik dan keutamaan pada lagu dan simbol nasional kita dan akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindunginya," katanya.



Antara undang-undang sedia yang melindungi hak cipta lagu dan simbol nasional Singapura termasuk Akta Senjata, Bendera dan Lagu Kebangsaan (Safna) dan Akta Hak Cipta, kata Encik Tong.



Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, beliau menambah meskipun terdapat undang-undang sedemikian untuk memastikan warga Singapura dapat menggunakan dan menikmati lagu serta simbol itu dengan bangga, setiap kes perlu dipertimbangkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.



Encik Mendoza sebelum ini mendakwa beliau menulis lagu We Can Achieve pada 1983, tiga tahun sebelum Count on Me, Singapore, yang digubah warga Canada, Encik Hugh Harrison, dan disusun penyanyi jaz tanah air, Encik Jeremy Monteiro, pada 1986.



Beliau telah menarik balik dakwaannya itu menyusuli pemeriksaan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan didapati tidak memiliki bukti untuk mengesahkan dakwaan beliau.



Menjawab pertanyaan Encik Gerald Giam sama ada pemerintah kerap memeriksa sama ada simbol negara ditiru atau disalahguna, Encik Tong berkata kementerian itu memantau laporan media berkaitan penggunaan lagi dan simbol nasional selain di media sosial dan maklum balas awam.



"Sejauh ini simbol kami secara amnya digunakan dengan hormat," katanya sambil menambah pemerintah akan mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku yang melibatkan simbol negara.



Namun, rasa hormat terhadap simbol ini tidak dapat dicapai dengan hanya melindungi hak cipta, tetapi dengan menerapkan rasa hormat itu dalam diri warga Singapura.



Untuk itu, MCCY telah memulakan kumpulan kerja yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam berkaitan cara terbaik untuk melakukan perkara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >