Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edwin Tong lawat India

Nov 26, 2022 | 07:39 PM



MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, kini berada di Delhi, India dalam satu lawatan rasmi empat hari sehingga Selasa ini (26-29 Nov).


Dalam kenyataannya, Kementerian Undang-Undang (MinLaw) berkata, Encik Tong pada Sabtu (26 Nov) menghadiri Sidang Tahunan India Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC) 2022 yang dianjur SIAC.


Tujuan rsidang itu adalah untuk membincangkan tentang perubahan dalam bidang timbang tara antarabangsa agar dapat memenuhi keperluan pengguna dan perkembangan global, serta kemunculan cabaran serta peluang dan laluan baru dalam bidang itu.


Di sidang itu juga, Encik Tong akan menyertai perbincangan dikendali Encik Darius J. Khambata daripada Mahkamah Timbang Tara SIAC sebagai moderator.


Encik Tong juga akan mengetuai perbincangan meja bulat bersama alumni Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew serta pengamal undang-undang di India untuk mengongsi pandangan tentang khidmat undang-undang dan resolusi pertikaian serta perkembangan lain di Singapura dan India.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >