Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon SG suku kedua tumbuh 4.8%

Lebih perlahan berbanding ramalan 5.4% * MAS perkukuh nilai matawang SG tangani kenaikan kos global, ramalan inflasi dinaikkan
Jul 15, 2022 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura tumbuh 4.8 peratus pada suku kedua tahun ini dari setahun lalu, diterajui oleh sektor perkilangan, menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Kadar pertumbuhan itu adalah lebih pantas daripada 4 peratus pada suku pertama, namun ia lebih perlahan berbanding 5.4 peratus yang diramalkan pakar ekonomi.



Sehubungan dengan itu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengambil langkah memperketat dasar kewangan dengan memperkukuh nilai mata wang setempat bagi menangani kenaikan kos global, selain menaikkan ramalan inflasi bagi tahun ini.



Berbanding suku pertama dan mengambil kira faktor musiman, ekonomi mencatatkan pertumbuhan sifar pada suku kedua, selepas merakamkan pertumbuhan 0.9 peratus pada suku pertama.



Pada Mei lalu, MTI memberi amaran bahawa pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sepenuh tahun dijangka mencapai bahagian lebih rendah dalam julat ramalan 3 hingga 5 peratus, sedang perang di Ukraine mengganggu bekalan global tenaga, makanan dan barangan keperluan lain, sekali gus memburukkan tekanan inflasi.



Pertumbuhan pada suku kedua diterajui sektor perkilangan, yang tumbuh 8 peratus dari setahun lalu, dan serupa dengan pertumbuhan 7.9 peratus yang dilihat pada suku sebelumnya.



"Pertumbuhan pada suku tersebut disokong pengembangan hasil pengeluaran dalam semua kelompok, kecuali kelompok pembuatan bioperubatan dan kimia.



"Khususnya, kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu terus mencatat pertumbuhan hasil pengeluaran yang kukuh, didorong oleh permintaan global yang berkekalan bagi semikonduktor dan peralatan semikonduktor," kata MTI.



Namun, pertumbuhan suku tahunan dalam sektor perkilangan berkurangan kepada 0.3 peratus, daripada 0.5 peratus sebelum ini.



Sementara itu, sektor binaan pula tumbuh 3.8 peratus pada suku kedua berbanding setahun lalu, dan naik lebih pantas berbanding pertumbuhan 1.8 peratus pada suku sebelumnya.



MTI berkata kegiatan binaan meningkat pada suku kedua sebahagiannya disebabkan pelonggaran sekatan sempadan terhadap kemasukan pekerja asing.



Bagaimanapun, secara mutlak, nilai tambah sektor binaan kekal 23.7 peratus di bawah paras sebelum pandemik "disebabkan kekurangan pekerja yang berterusan kerana kemasukan pekerja migran akan mengambil masa untuk pulih", kata MTI.



Pertumbuhan suku tahunan juga perlahan - daripada 2.9 peratus pada suku pertama kepada 1.9 peratus pada suku kedua.



Sektor infokom, kewangan dan insurans, dan khidmat profesional tumbuh 4.1 peratus dari setahun yang lalu, berkurangan daripada pertumbuhan 5.7 peratus pada suku sebelumnya.



Sektor penginapan dan khidmat makanan, hartanah, khidmat pentadbiran dan sokongan, dan perkhidmatan lain, tumbuh 8.2 peratus dari setahun lalu, meningkat daripada pertumbuhan 3.5 peratus pada suku sebelumnya.



MTI berkata pertumbuhan sektor tersebut disokong pelonggaran sekatan domestik dan sempadan.



Laporan lanjut: MAS ambil langkah perketat dasar kewangan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >