Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon S'pura kini stabil meski ketidaktentuan Omicron: PM Lee

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura kini berada dalam keadaan stabil secara keseluruhannya, meskipun masih ada ketidaktentuan daripada Omicron, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Memberi pandangannya mengenai pertumbuhan ekonomi sedang negara ini memasuki Tahun Baru Cina, Encik Lee berkata beliau optimistik secara berhati-hati untuk tahun ini.



"Saya tahu masih ada sektor yang menghadapi kesukaran, sudah tentunya F&B (makanan dan minuman) dan juga sektor pelancongan dan hiburan.



"Tetapi secara keseluruhannya, saya akan katakan ekonomi berada dalam keadaan stabil. Kami meramalkan pertumbuhan 3 hingga 5 peratus tahun ini, jadi ia bermakna kami mungkin dalam keadaan baik," ujar Encik Lee.



Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam kunjungannya ke Jurong Point semalam untuk menemui dan menghargai pekerja di pusat beli-belah itu, serta pekerja platform, termasuk pekerja penghantaran dan pemandu teksi.



Menurut Encik Lee, ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah masih berkembang, walaupun Omicron masih kekal satu ketidaktentuan.



"Tetapi nampaknya di negara maju, (jangkitan Omicron) naik dengan cepat, dan merosot dengan cepat.



"Harap-harap ini bermakna ekonomi boleh terus berjalan tanpa banyak gangguan," kata Encik Lee.



Satu lagi perkara yang menjadi ketidaktentuan ialah ekonomi di China, yang masih melaksanakan dasar 'sifar Covid-19', termasuk langkah sekatan untuk mengurangkan seberapa mungkin jangkitan koronavirus.



"Saya boleh faham sebabnya. Ia memerlukan usaha yang besar untuk mengekalkan (dasar ini). Dan ini mungkin menjejas ekonomi lebih daripada yang dijangka, dan dalam kes ini boleh menjejas kita juga - jadi kita perlu perhatikan perkara ini," ujar Encik Lee.



Di rantau ini pula, negara-negara jiran Singapura juga berada dalam keadaan baik, dengan Singapura juga secara progresif membuka sempadan dengan negara jiran, dan berharap untuk menyambung semula perniagaan serta pelancongan, tambah Encik Lee.



LAPORAN SELANJUTNYA: PM Lee hargai usaha pekerja platform




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >