Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon tumbuh perlahan namun ada peluang boleh direbut: PM Lee

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA menjangkakan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini - antara 0.5 dengan 2.5 peratus - sedang prospek antarabangsa terus bergolak, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Amanat Tahun Baru beliau semalam.



Namun begitu, respons Singapura terhadap Covid-19 telah meningkatkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.



Banyak syarikat dan individu mahu memulakan perniagaan di sini dan di rantau ini, kata Encik Lee, dan Singapura mesti merebut peluang tersebut.



"Kita mesti mengalu-alukan pelaburan yang berpotensi dan bakat dari setiap pelosok dunia ke Singapura, sementara meningkatkan kemahiran dan keupayaan kita, berani meneroka rantau ini dan dunia demi mengejar impian kita," kata beliau.



Mengenai sekitaran geopolitik, beliau memerhatikan konflik antara Russia dan Ukraine masih berterusan, dan nampaknya kesudahan yang baik tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China juga mungkin akan berlarutan.



"Ekonomi negara kita akan terjejas… Kita mesti bersedia menghadapi keadaan yang tidak menentu pada masa depan," tambah beliau.



Encik Lee menekankan keperluan bagi rakyat Singapura kekal bersatu padu dalam keadaan mencabar ini, sedang usaha dijalankan untuk "memperbaharui kompak sosial kita dan melakar hala tuju baru untuk masa depan".



Ramai rakyat Singapura telah berkongsi maklum balas dan pandangan mereka dalam sesi perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan pasukan generasi keempat (4G), kata Encik Lee.



"Rasa pemilikan dan tanggungjawab kolektif ini penting untuk memperbaharui dan mengukuhkan kompak sosial kita. Kami menantikan hasil daripada perbincangan ini, dan menyelesaikan sesi tersebut dalam separuh kedua tahun depan," kata beliau.



Mengimbas kembali tahun 2022, Encik Lee berkata keadaan kini hampir kembali seperti sediakala.



Pelbagai acara besar-besaran, seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), dapat diadakan semula sejak pandemik melanda, dan rakyat dapat berkumpul dengan keluarga dan rakan di rumah dan luar negara.



Lapangan Terbang Changi kembali rancak, dengan rakyat boleh melancong manakala pengunjung dari seluruh dunia pula datang ke negara ini.



Namun, Encik Lee menggalak warga supaya terus melindungi diri dan mendapatkan vaksin bivalen terbaru, dengan pemerintah terus memantau perkembangan Covid-19 dengan teliti.



Beliau menambah Covid-19 telah memberi pengajaran berharga dalam menghadapi krisis dan pemerintah akan mempertingkat persediaan bagi pandemik masa depan. Terdapat juga usaha membina masa depan negara ini, dengan projek-projek utama sedang berjalan lancar seperti pelancaran lagi 23,000 flat baru tahun ini.



Encik Lee berkata kemajuan juga dicatatkan dalam membina masyarakat lebih inklusif, antaranya dengan mengumumkan dasar-dasar memastikan kaum lelaki dan wanita dilindungi dan mendapat layanan sama rata, sama ada di rumah atau di tempat kerja.



"Bersama, kita akan membina masa depan yang lebih cerah untuk Singapura dan semua rakyat Singapura," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >