Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Elak cuaca panas dengan tiga kegiatan cuti sekolah ini

Jun 05, 2023 | 06:41 AM



CUTI sekolah sudah pun bermula. Cuti selama sebulan ini adalah masa terbaik untuk melakukan beberapa kegiatan yang menyeronokkan.

Namun cuaca yang panas terik sejak kebelakangan ini mungkin menjadi penghalang untuk membawa anak-anak anda keluar.

Jangan khuatir! Kami senaraikan beberapa tempat-tempat yang bukan sahaja baru, malah berhawa dingin, yang dapat anda sekeluarga kunjungi, dengan pelbagai kegiatan yang dapat anak-anak anda lakukan.

Galeri Kanak-Kanak Biennale 2023

Apa: Galeri Kanak-kanak Biennale di Galeri Nasional Singapura kembali dengan edisi keempatnya, bertemakan ‘Let’s Make A Better Place’. Menampilkan 11 pemasangan seni mesra kanak-kanak oleh artis dari seluruh dunia, karya-karya itu diilhamkan berdasarkan empat nilai positif: prihatin, bekerjasama, daya imaginasi dan hormat.


Di mana: Galeri Nasional Singapura, 1 St Andrew’s Road.


Bila: Hingga 31 Mac, 10 pagi hingga 7 malam setiap hari. Muzium akan ditutup pada hari tertentu bagi persiapan Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang. Lungsuri laman www.childrensbiennale.com untuk butiran lanjut.


Masuk: Percuma, namun terdapat beberapa program yang memerlukan tiket.


Elak cuaca panas: Semua pameran terletak di dalam Galeri Nasional Singapura, jadi pengunjung boleh menikmati pameran itu dalam suasana yang selesa.


Kegiatan untuk kanak-kanak: Pelbagai aktiviti yang boleh mereka lakukan antaranya termasuk pameran ‘We Move This City’ oleh artis setempat, Chinga Yu Xiang, di mana kanak-kanak boleh menggunakan permainan blok untuk mencipta pengangkutan mereka sendiri. Ia juga mesra kanak-kanak kecil.


Kanak-kanak juga berpeluang untuk menjadi artis selama sehari di pameran ‘Can You See The Forest For The Trees’, karya Izziyana Suhaimi, di mana mereka boleh menggunakan tekstil kitar semula untuk mencipta karya seni.

Selain karya seni, terdapat aktiviti lain seperti bengkel kraf dan aktiviti muzik dan pergerakan. Ada yang percuma, manakala yang lain memerlukan tiket (dari $5) dan prapendaftaran.







Rink @ Punggol East

Apa: Dikenali sebagai gelanggang sukan beroda terbesar di Singapura, kanak-kanak boleh menunggang basikal, papan selaju, go-kart berkayuh dan banyak lagi di Rink@Punggol East.


Ruang seluas 12,000 kaki persegi terletak di Punggol East Container Park menampilkan trek sepanjang 150 meter dan pelbagai tanjakan (ramp) yang boleh anda lakukan beberapa ‘stunt’ yang mudah.

Di mana: 50 Punggol East. Ia terletak sekitar 150m dari stesen LRT Riviera dan tempat letak kereta disediakan.


Bila: 10 pagi hingga 8 malam pada setiap hujung minggu dan pada cuti umum serta sekolah.


Masuk: $16 untuk sesi selama dua jam. Percuma bagi bayi berusia setahun ke bawah.


Elak cuaca panas: Gelanggang ini berbumbung bagi memastikan kanak-kanak dan orang dewasa boleh terus bermain tidak kira cuaca hujan mahupun cerah. Ia tidak berhawa dingin, namun terdapat beberapa penyejuk udara ditempatkan di sekitar tempat itu. Ia juga menjual minuman dan hidangan sejuk untuk melegakan tekak yang kering.


Kegiatan untuk kanak-kanak: Papan gelongsor yang besar, di mana anda dapat meluncur ke bawah dari ketinggian 20 meter. Ia bukan sahaja untuk kanak-kanak kerana orang dewasa juga boleh menyertai keseronokan itu. Bersedia untuk menunggu giliran anda kerana papan gelongsor itu merupakan tarikan terbesar di tempat itu.


Ia juga merupakan tempat yang menarik untuk mencuba beberapa sukan beroda dan ibu bapa tidak perlu risau kerana topi keledar dan peralatan keselamatan lain turut disediakan. Tempat ini juga mempunyai jurulatih yang menyediakan kelas ‘inline-skating’ untuk mereka yang ingin belajar.

Tempat ini juga mempunyai beberapa permainan beroda untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur – papan selaju dan basikal dengan saiz yang berbeza untuk penunggang pelbagai ketinggian.







Timezone Orchard Xchange

Apa: Tempat hiburan dan permainan di Orchard Xchange ini merupakan rangkaian arked popular Timezone yang terbesar di Singapura.


Terletak di atas stesen MRT Orchard, ruang seluas 22,000 kaki persegi menampilkan lebih daripada 160 aktiviti untuk semua peringkat umur, termasuk pelbagai jenis permainan video, lorong boling dan kereta ‘bumper’.

Di mana: B1-01/04, B1-07/18, B1-25/44, 437 Orchard Road.


Bila: 11 pagi hingga 10 malam (Isnin-Khamis), 11 pagi hingga 11 malam (Jumaat dan hari sebelum cuti umum), 10 pagi hingga 11 malam (Sabtu), 10 pagi hingga 10 malam (Ahad, cuti umum dan cuti sekolah).


Masuk: Bayaran berbeza untuk setiap permainan.


Elak cuaca panas: Ruang tertutup dan berhawa dingin, jadi anda tidak perlu risau jika anda akan kepanasan dan berpeluh.


Kegiatan untuk kanak-kanak: Permainan boling mini, di mana bola lebih kecil dan ringan dengan lorong yang berdinding agar bola boling tidak akan masuk ke dalam ‘longkang’. Anda juga tidak perlu memakai kasut boling!


Permainan kereta ‘bumper’ pasti mendapat sambutan. Ia dilengkap dengan pelbagai ciri keselamatan bagi memastikan anda dapat menikmati permainan itu dengan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >