Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD buat laporan polis ke atas Iris Koh, M Ravi terbit video pada tempoh bertenang

Oct 02, 2023 | 04:56 PM



Penolong Pegawai Pilihan raya telah membuat laporan polis terhadap Iris Koh, pengasas kumpulan anti-vaksin Healing the Divide, dan M Ravi, peguam yang digantung tugas, kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Presiden (PrEA) semasa tempoh bertenang bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) telah mengeluarkan peringatan tentang larangan mengenai aktiviti berkempen dan iklan Pilihan Raya semasa tempoh bertenang, melalui siaran akhbar yang dikeluarkan sehari sebelum Hari Bertenang pada 30 Ogos 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ELD pada Isnin, Koh dan Ravi berulang kali menerbitkan iklan Pilihan Raya dalam talian semasa tempoh bertenang, dengan kandungan yang boleh dianggap munasabah sebagai bertujuan untuk mempromosi atau menimbulkan prejudis terhadap seseorang calon Pilihan Raya Presiden atau untuk meningkatkan atau menimbulkan prejudis terhadap kedudukan seseorang calon.

Tempoh Bertenang bagi Pilihan Raya Presiden 2023 dimulakan dari Hari Bertenang pada 31 Ogos 2023, 12 tengah malam, dan berakhir pada Hari Mengundi, 1 September 2023, 8 malam. Untuk memberi masa kepada pengundi memikirkan tentang pilihan mereka, aktiviti berkempen dan iklan Pilihan Raya 1 tidak dibenarkan semasa tempoh bertenang. Penerbitan iklan Pilihan Raya semasa tempoh bertenang adalah satu kesalahan di bawah seksyen 42C PrEA, jelas ELD.

“Pada Hari Bertenang, Koh telah menerbitkan dua salinan video di TikTok dengan kandungan sedemikian manakala Ravi telah menerbitkan video Koh dan tiga video di Facebook dengan kandungan sedemikian. Pada Hari Mengundi, Ravi telah menerbitkan video kelima dan satu lagi catatan di Facebook, dengan kandungan sedemikian,” kata ELD.

Penolong Pegawai Pilihan raya telah mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada TikTok dan Meta pada 31 Ogos dan 1 September 2023, untuk menghilangkan akses di Singapura kepada kedua-dua video Koh serta lima video dan satu catatan oleh Ravi. TikTok dan Meta telah mematuhi Arahan Pembetulan tersebut.

Menurut ELD, Penolong Pegawai Pilihan raya telah membuat laporan polis terhadap Koh dan Ravi bagi kemungkinan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42C Akta Pilihan Raya Presiden.

Mereka yang didapati bersalah menerbitkan kandungan pengiklanan pilihan raya semasa tempoh bertenang boleh didenda sehingga $1,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >