Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Covid Baby' ceria sambut Raya

Elena dah boleh jumpa saudara-mara

Mereka dilahirkan di puncak pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang mengubah 360 darjah kehidupan kita. 'Pandemic babies' atau kanak-kanak yang dilahirkan semasa tahun 2020 mempunyai pengalaman yang jauh berbeza dengan kanak-kanak lain - pelitup sudah menjadi kebiasaan, bercuti juga kebanyakannya di negara sendiri, dan pengalaman beraya berbeza setiap tahun. Sempena Hari Raya tahun ini, BERITA HARIAN (BH) mengikuti empat kanak-kanak yang dilahirkan semasa pandemik dan meninjau perkembangan mereka serta perasaan menyambut Hari Raya 2023 yang lebih meriah.
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



ADA yang mengatakan bayi yang dilahirkan sewaktu tempoh pandemik mempunyai ciri-ciri tertentu yang berbeza daripada bayi lain yang dilahirkan sebelum Covid-19.



Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan pada era Covid-19 ketinggalan dalam kemahiran tertentu dan lebih cenderung kepada tingkah laku yang mencabar.



Bagaimanapun, ini sebaliknya bagi Nurul Elena Ezahan, kini berusia tiga tahun, menurut ibu bapanya, Cik Liana Sadli, 35 tahun, dan Encik Ezahan Hanafi, 37 tahun.



Bagi pasangan itu, mereka tidak melihat sebarang kelainan, dari segi perkembangan anak kedua mereka itu.



"Saya rasa dia lebih berani melakukan sesuatu yang baru, walaupun kita terkungkung dan terkurung di rumah disebabkan langkah pemutus litar pada waktu itu.



"Mungkin ada hikmahnya kami terkurung di rumah terlalu lama hingga membuatkan dia ingin meneroka benda-benda yang ada di luar," kata Cik Liana.



Penyelidikan yang dilakukan turut mendapati bahawa pengasingan yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 mungkin telah menghalang kemahiran komunikasi sosial bayi yang dilahirkan pada ketika itu.



Kanak-kanak ini mungkin terlepas mempunyai interaksi penting pada peringkat kritikal perkembangan mereka hingga menyebabkan ramai yang jauh ketinggalan dari segi perkembangan sosial mereka, menurut pakar.



Encik Ezahan dan Cik Liana akur bahawa kehadiran anak sulung mereka, Elman Naim, yang berusia tujuh tahun ketika itu, membantu dengan perkembangan sosial Elena.



Walaupun selepas sekatan pemutus litar ditarik balik, anak perempuan mereka itu tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan kanak-kanak lain dan juga orang dewasa.



"Kami sedar Elena lebih mesra bergaul dengan orang lain. Dan kami tidak terlalu bimbang tentang kemahiran sosialnya kerana dia mempunyai abang.



"Jika dia anak pertama kami, mungkin itu akan menjadi isu kerana dia mungkin tidak tahu bergaul dengan orang lain. Dengan kehadiran abangnya, saya boleh katakan, membantu melembutkan impak sosial itu kerana mereka akan sentiasa bermain bersama," kata Encik Ezahan.



Selain itu, Cik Liana berkata beliau sering menggunakan FaceTime atau Zoom untuk menghubungi ahli keluarga, terutamanya ibu bapanya. Ini bagi memastikan kedua-dua anaknya dapat mengenali datuk dan nenek mereka, walaupun mereka berjauhan.



"Dengan adanya teknologi ini, ia sangat membantu kerana kami dapat berhubung dengan orang tersayang dan untuk kedua-dua anak kami sentiasa berhubung dengan datuk dan nenek mereka," kata Cik Liana.



Elena baru berusia empat bulan ketika pemerintah mengenakan sekatan pemutus litar pada April 2020. Isi rumah tidak dibenarkan menerima pelawat, dan tidak juga dibenarkan untuk orang ramai berkumpul.



Ini adalah tempoh yang mencabar bagi Cik Liana, yang bukan hanya perlu menjaga bayinya malah turut membantu anak sulungnya jalani Pembelajaran Dari Rumah (HBL).



Encik Ezahan yang bertugas sebagai pegawai sokongan teknikal di sekolah menengah ketika itu, terpaksa keluar bekerja.



Mengimbas kembali, Cik Liana berkata: "Saya rasa waktu itu bagi saya adalah sangat mencabar kerana saya perlu berikan perhatian sepenuhnya kepada kedua-dua anak-anak saya.



"Saya masih ingat lagi satu kejadian di rumah, semasa saya ke tandas, saya tinggalkan Elena yang masih bayi di atas katil. Dia kemudian jatuh dari katil dan mula menangis. Ketika itu saya tidak tahu apa yang perlu saya buat jadi saya segera menelefon suami saya, yang kemudian bergegas pulang dan kami membawanya berjumpa doktor. Syukur tiada apa yang berlaku kepada Elena."



Sebagai kanak-kanak yang ceria dan riang, pasangan itu berharap Elena dapat merasakan suasana Lebaran 2023 yang lebih meriah.



Dalam pada masa yang sama, bertemu juga dengan sanak saudara yang belum mereka sempat temui sebelum ini.



"Sekarang kami kembali menjalani kehidupan seperti biasa, ini adalah peluang yang baik untuk kami sekeluarga menikmati kemeriahan sambutan Hari Raya sepenuhnya," ujar Encik Ezahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >