PENGUASA Pasaran Tenaga EMA dalam satu kemas kini yang dibuat dalam bulan Februari mencatatkan lebih ramai memilih untuk menukar kepada pembekal runcit elektrik.
Pengguna yang menukar pembekal runcit tenaga elektrik membayar sekitar 20 atau 30 peratus lebih rendah daripada tarif yang ditetapkan. Kebanyakan pengguna juga berdaftar untuk Pelan Harga Standard 24 bulan tanpa bayaran tambahan atau tersembunyi.