SERAMAI empat lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara antara 34 dengan 36 bulan Isnin lalu bagi penglibatan mereka dalam rokok kontraban.
Sejumlah 14,999 karton rokok bernilai $1.4 juta pula dirampas dalam rampasan tiga terbesar rokok kontraban sejak 2009, menurut satu kenyataan bersama Kastam Singapura Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) rokok itu dianggarkan lebih $1.1 juta.