Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat kelompok Covid-19 baru dikesan: MOH

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



EMPAT kelompok Covid-19 baru telah dikesan, dengan salah satu daripadanya melibatkan seorang pekerja pembersihan di Sekolah Rendah Punggol dengan empat kes dan satu lagi di Dormitori Westlite Juniper dengan sembilan kes.



Lagi dua kelompok aktif baru pula berkait dengan kes individu, dengan setiap kelompok mempunyai tiga kes yang dikaitkan dengannya, kata Kementerian Kesihatan (MOH) malam kelmarin (27 Julai).



Secara keseluruhan terdapat 39 kelompok aktif di Singapura kini.



Kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, yang kekal sebagai kelompok terbesar sejauh ini, mempunyai 902 kes.



MOH juga berkata kit uji diri Covid-19 akan diberikan kepada mereka yang mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Teban Gardens serta Pusat Makanan dan Pasar 216 Bedok.



Ini adalah langkah tambahan untuk mengenal pasti kes dan mencegah penularan lebih lanjut virus itu, yang mungkin dicetuskan oleh penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong.



Pengambilan kit ujian itu berlangsung dari semalam hingga hari ini di pusat jawatankuasa penduduk di kedua-dua lokasi tersebut.



MOH kelmarin juga berkata ia telah menyelesaikan ujian Covid-19 di empat blok Lembaga Perumahan di Sims Avenue pada 24 Julai lalu.



Ujian itu dijalankan di blok 842, 844, 846 dan 848, yang terletak berhampiran Pasar Geylang Serai.



Kesemua 1,126 individu disahkan negatif.



Ujian mandatori Covid-19 itu dilakukan setelah serpihan virus dikesan dalam sampel air sisa yang dikumpulkan dari blok-blok tersebut.



Agensi itu sebelum ini berkata ia sedang menyiasat kemungkinan penyebaran Covid-19 di blok-blok tersebut.



Penduduk, pengunjung dan mereka yang telah berinteraksi dengan penduduk serta pemilik dan kakitangan unit komersial di blok-blok tersebut juga telah diuji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >