Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat lagi kematian akibat denggi, antara Jun-Julai ini

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



DALAM tempoh beberapa minggu lalu, seramai empat orang lagi meninggal dunia akibat denggi.



Ini menjadikan jumlah kematian akibat denggi pada tahun ini kepada sembilan orang.



Dalam kenyataan bersama semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata empat lelaki yang meninggal dunia itu berusia antara 46 hingga 77 tahun.



Mereka meninggal dunia antara 30 Jun dengan 16 Julai lalu.



Bagi kes pertama, seorang lelaki berusia 70 tahun meninggal dunia pada 30 Jun 2019.



Pesakit tinggal di Hougang Avenue 5 - dalam kelompok denggi yang sebelum ini aktif.



Sejak kelompok itu ditutup pada 12 Julai lalu, empat kes denggi dilaporkan di kelompok tersebut.



NEA menjalankan pemeriksaan di kawasan kelompok apabila kelompok aktif denggi diumumkan dan tiada pembiakan nyamuk dikesan.



Bagi kes kedua, seorang lelaki berusia 77 tahun meninggal dunia pada 16 Julai 2019. Pesakit itu tinggal di Eunos Crescent dalam kelompok denggi yang aktif.



Sehingga 20 Julai, enam kes denggi dilaporkan di kelompok itu.



Sejak pengumuman kelompok itu pada 28 Jun lalu, NEA telah mengesan dan menghapuskan lapan kawasan pembiakan nyamuk, kesemuanya ditemui di dalam halaman kediaman.



Seorang lagi lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia pada 16 Julai 2019. Beliau tinggal di Bedok Reservoir Road berada di dalam kelompok denggi aktif.



Manakala lelaki keempat berusia 46 tahun dan meninggal dunia pada 16 Julai 2019. Alamat terakhirnya ialah di Woodlands Drive 50.



Sehingga 20 Julai, sebanyak 8,020 kes denggi dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >