Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat lagi tapak berkebun di tempat letak kereta HDB jelang 2024

Jun 25, 2023 | 06:43 PM



Empat lagi tapak berkebun akan siap dibangunkan di tempat letak kereta bertingkat (MSCP) di kawasan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Woodlands dan Sembawang menjelang 2024.

Ini menyusuli tapak berkebun pertama, juga dikenali sebagai taman peruntukan, yang dirintiskan di tingkat paling atas MSCP di Blok 673 Jurong West Street 65.

Inisiatif itu antara lain membolehkan penduduk berinteraksi dengan satu sama lain menerusi kegiatan bercucuk tanam.

Taman peruntukan di estet HDB itu merupakan inisiatif terkini di bawah Program Bandar Hijau HDB, iaitu rancangan 10 tahun yang bertujuan memperbaiki mutu kehidupan penduduk menerusi pelaksanaan ciri-ciri hijau skala besar.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah mengunjungi dan meninjau taman peruntukan di Jurong West itu pada Ahad.

Ditemui media, beliau berkata usaha ini bukan sahaja berupaya mengeratkan hubungan antara jiran tetapi juga memperkukuh daya tahan makanan di Singapura.

Ini juga sejajar dengan usaha lebih besar Singapura untuk menjadikan pusat kejiranan Singapura lebih hijau dan mampan supaya dapat menyumbang kepada matlamat negara ini bagi tindakan iklim.

“Taman peruntukan merupakan konsep yang mewujudkan peluang bagi masyarakat untuk bersama, untuk lihat anak-anak, ibu bapa dan datuk nenek datang setiap pagi, setiap petang, meluangkan masa bersama untuk bercucuk tanam,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa mereka akan memantau kejayaan program perintis itu dan memperbaikinya sebelum menjadikannya usaha tetap di bawah Program Bandar Hijau HDB.

Berukuran kira-kira satu meter kali dua meter, setiap plot untuk bercucuk tanam di taman tersebut terdiri daripada lapan ruang yang menggunakan sistem siap pasang yang dinamakan ‘Prefabricated Extensive Green Roof Tray System’ (PEG). Sistem yang mudah dipasang di bumbung itu boleh membantu tumbuhan mekar pada musim panas.

Penduduk akan diberikan plot sendiri, di mana mereka bebas untuk menanam herba, sayur, atau tumbuh-tumbuhan hiasan lain.

Berbanding dengan taman masyarakat yang biasanya lebih besar dan melibatkan sekumpulan individu yang minat bercucuk tanam untuk menjaganya, taman peruntukan sesuai bagi penduduk yang mahu berjinak-jinak dalam kegiatan bercucuk tanam, dan merasakan tanggungjawab terhadap jenis tumbuh-tumbuhan yang ditanam mereka, menurut HDB dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >