Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat lelaki dituduh cabul budak di pelbagai lokasi

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



EMPAT lelaki didakwa di mahkamah semalam kerana disyaki terlibat dalam kes mencabul kehormatan melibatkan kanak-kanak. Semua mangsa berumur 14 tahun dan ke bawah semasa mereka dipercayai dicabul.



Lelaki-lelaki itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.



Salah seorang mangsa, seorang budak perempuan berusia antara 10 dan 12 tahun pada masa itu, dicabul beberapa kali antara 2018 dan 2020 oleh seorang lelaki berusia 25 tahun, kata polis kelmarin.



Seorang lelaki berusia 50 tahun juga disyaki mencabul seorang budak perempuan berumur 13 tahun di tangga pendaratan sebuah flat HDB di Ang Mo Kio Avenue 4 pada 2019.



Kertas pertuduhan yang diperoleh The Straits Times (ST) mengatakan lelaki tersebut memegang budak itu dan mencium bibirnya.



Tertuduh dalam dua lagi kes membabitkan mangsa kanak-kanak ialah seorang lelaki berumur 27 tahun yang didakwa mencabul seorang budak lelaki berusia 14 tahun di sebuah restoran di Paya Lebar pada Ogos 2020; dan seorang lelaki berusia 24 yang didakwa mencabul seorang budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah lobi lif di Bishan Street 22 pada Julai 2022.



Lelaki berusia 24 tahun itu juga didakwa mendedahkan kemaluannya ketika berdiri di belakang budak perempuan itu di dalam lif.



Secara berasingan, polis kelmarin berkata empat kes mencabul kehormatan didakwa berlaku di kelab.



Tiga daripadanya berlaku di kelab malam terbesar Singapura, Marquee, di Marina Bay Sands, menurut dokumen mahkamah. Kesalahan itu berlaku antara September dan Disember 2022.



Lelaki berusia antara 21 hingga 45 tahun itu dikatakan menyentuh mangsa, yang kesemuanya wanita berusia antara 22 hingga 27 tahun, secara tidak wajar ketika berada di kelab malam itu.



Seorang lelaki berusia 33 tahun pula dituduh mencabul seorang wanita berumur 34 tahun di sebuah pub di Neil Road pada 13 November lalu.



Polis berkata: "Kes mencabul kekal menjadi kebimbangan utama... Polis tidak bertolak ansur terhadap pesalah seksual yang mengancam keselamatan diri anggota masyarakat, dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang."



Pada separuh pertama tahun lalu, kes mencabul meningkat 4.6 peratus kepada 773, daripada 739 kes dari Januari hingga Jun 2021.



Sejak Mac tahun lalu, hukuman penjara maksimum bagi mencabul ditambah daripada dua kepada tiga tahun, sebagai sebahagian langkah lebih tegas untuk menghalang pesalah.



Polis berkata mereka akan terus bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan, seperti pusat hiburan awam, pengendali pengangkutan awam dan masyarakat, untuk mencegah dan menghalang kes sedemikian.



Orang ramai digesa berwaspada dan segera melaporkan kejadian mencabul kepada polis.




TINDAKAN TEGAS 



"Kes mencabul tetap menjadi kebimbangan utama... Polis tidak bertolak ansur terhadap pesalah seksual yang mengancam keselamatan diri anggota masyarakat, dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang."
- Polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >