MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) semalam meraikan pelantikan 15 anggota terkini Majlis Tertinggi Muis ke-17 yang turut menyaksikan kemasukan empat muka baru daripada pelbagai latar belakang seperti bidang perubatan, kewangan, pendidikan dan sosial.
Kepelbagaian pengalaman dan usia anggota majlis itu diharap dapat menyumbang kepada usaha Muis menyokong keperluan keagamaan dan sosial masyarakat Muslim setempat.