Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Empati, kreativiti antara prinsip dipegang pekerja sosial

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



KESABARAN, empati dan kreativiti adalah kualiti yang Cik Azizah Muhammad Azam percaya perlu dimiliki setiap pekerja sosial perlu memiliki.



Pekerja sosial berusia 29 tahun itu merasakan kualiti tersebut adalah penting ketika menjalankan tugasnya, yang merangkumi kaunseling dan pengurusan kes, di Pusat Khidmat Keluarga Awwa.



Ketika ditemu bual oleh Berita Harian (BH), beliau menjelaskan bahawa ada sesetengah klien tidak fasih berkomunikasi atau mereka tidak dapat menyatakan secara lisan isu-isu yang dialami atau perasaan mereka.



"Ada klien yang terjejas secara emosi dan juga mental. Ada kala mereka tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan atau isu-isu yang mereka hadapi.



"Oleh itu, ia adalah tanggungjawab kami untuk bersabar dan berempati untuk melihat bagaimana kami dapat membantu mereka.



"Kami juga harus kreatif untuk mengenal pasti cara dan kaedah lain seperti melukis atau menggunakan kad visual bagi membantu mereka mengekspresikan diri mereka.



"Sebagai manusia, kita semua berbeza dalam watak atau cara kita memahami sesuatu.



"Jadi ia adalah sama untuk setiap klien. Cara mereka memahami sesuatu dan berfikir adalah berbeza.



"Jadi peranan kami sebagai seorang pekerja sosial adalah untuk membantu mencari cara yang berkesan untuk membolehkan mereka meluah perasaan dengan baik," katanya.



Bagaimanapun, Cik Azizah berkata bersikap empati boleh menyebabkan cabaran seperti stres dan beliau boleh terjejas secara emosi.



"Kami mengendalikan banyak kes yang melibatkan isu-isu yang berbeza seperti isu keluarga, emosi, dan hubungan.



"Perbualan kami dengan klien boleh melibatkan topik-topik mendalam jadi kadang-kala kami mungkin secara tidak sedar boleh 'menyerapnya' akibat terlalu berempati. Pada masa itulah kita boleh terjejas dari segi emosi atau mental.



"Kadang-kadang bila saya tertekan, saya akan bercakap dengan penyelia dan rakan kerja saya untuk memproseskan emosi saya dan mendapatkan nasihat serta bimbingan.



"Adalah penting untuk menjaga diri saya sendiri kerana jika saya tidak mengawal kesihatan mental dan kesejahteraan saya, ia akan menjadi sukar untuk menolong klien saya.



Walaupun sudah bekerja di Pusat Khidmat Keluarga Awwa, yang terletak di Blok 107 Towner Road, untuk 10 tahun, Cik Azizah bertugas sebagai seorang pekerja sosial hanya selama dua tahun.



Sebelum itu, beliau bertugas sebagai seorang Eksekutif Program dan menganjur pelbagai program seperti bengkel, kegiatan sukan dan kem untuk belia bagi membangunkan keperibadian mereka.



Beliau yang memperoleh ijazah kerja sosial daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata: "Untuk bekerja sebagai seorang pekerja sosial dan mengendalikan kes klien, anda harus mempunyai anda mesti mempunyai ijazah dalam kerja sosial.



"Tetapi terdapat peranan seperti Rakan Kerja Sosial atau Pembantu Perkhidmatan Sosial yang tidak memerlukan ijazah.



"Bagi saya, apa yang saya suka tentang kerja saya adalah saya dapat berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan dan berbincang dengan mereka bagaimana cara terbaik untuk menolong klien-klien saya."




"Sebagai manusia, kita semua berbeza dalam watak atau cara kita memahami sesuatu. Jadi ia adalah sama untuk setiap klien. Cara mereka memahami sesuatu dan berfikir adalah berbeza. Jadi peranan kami sebagai seorang pekerja sosial adalah untuk membantu mencari cara yang berkesan untuk membolehkan mereka meluah perasaan dengan baik."
- Cik Azizah Muhammad Azam, pekerja sosial di Pusat Khidmat Keluarga Awwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >