Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam pelajar Australia dituduh mencuri di Orchard Road

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



ENAM pelajar perempuan dari Australia, yang berada di sini bagi satu pertandingan bola jaring, telah diberkas Ahad lalu selepas dituduh mencuri dari beberapa kedai di Orchard Road.



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai satu kes kecurian di pusat beli-belah Mandarin Gallery pada 4.04 petang Ahad lalu.



"Enam remaja, berusia 14 hingga 16 tahun, telah diberkas berkaitan kes tersebut," kata polis sambil menambah bahawa siasatan sedang berjalan.



Media Australia melaporkan bahawa kesemua remaja perempuan itu merupakan pelajar Tahun 10 dari Bacchus Marsh Grammar, sebuah sekolah swasta sekitar 60 kilometer dari utara Melbourne, dalam wilayah Victoria.



Remaja-remaja perempuan itu dituduh mencuri pakaian dalam dari sebuah kedai jenama Victoria's Secret, serta sepasang kasut jenama Crocs, lapor Daily Mail Australia.



Dalam satu kenyataan kepada media, pengetua Bacchus Marsh, Encik Andrew Neal, berkata sekolah itu kini mempunyai 18 pelajar yang berada di Singapura untuk bersaing dalam satu pertandingan bola jaring peringkat serantau.



Sekumpulan kecil pelajar telah terlibat dalam satu insiden di Orchard Road, yang kini disiasat polis di Singapura, tambah Encik Neal.



"Polis telah bertindak tegas, adil dan menyeluruh, dan pihak sekolah menghargai profesionalisme mereka," katanya sambil menambah bahawa sekolah itu berharap siasatan tersebut akan dapat diselesaikan dalam minggu ini.



Encik Neal menambah bahawa remaja-remaja perempuan itu kini di bawah jagaan langsung kakitangan sekolah Bacchus Marsh Grammar, dan sekolah itu menantikan kepulangan mereka bersama kumpulan tersebut lewat minggu ini.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Australia di sini atas bantuan mereka yang berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >