Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen lawat Brunei, temui Sultan, rakan sejawatan

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, sedang melakukan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam selama dua hari pada 20 hingga 21 Mac, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Semasa lawatan itu, Dr Ng akan menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (MG) Awang Halbi Md Yussof, yang juga Menteri Pertahanan II Brunei.



Dr Ng juga akan menghadiri majlis pentauliahan As-Siddiq, yang pertama daripada dua bekas kapal peronda yang telah dipindahkan dari Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) kepada Tentera Laut Diraja Brunei (RBN).



Singapura dan Brunei telah menikmati hubungan pertahanan yang rapat dan lama sejak 1976.



Kali terakhir Dr Ng melawat Brunei ialah pada 2019 untuk memperingati ulang tahun ke-40 Latihan Pelican, satu latihan dua hala antara RSN dengan RBN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >