MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen akan ke Iraq bagi melawat anggota tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dikerahkan di sana dalam menyokong usaha bersepadu untuk memerangi kumpulan pengganas ISIS di rantau itu.
Sejak Jun lalu, pasukan perubatan SAF telah dikerahkan ke Iraq bagi menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada tentera yang memerangi ISIS di Iraq. Pasukan perubatan SAF telah bekerja rapat bersama pasukan dari Angkatan Pertahanan Australia dan New Zealand.
Lawatan Dr Ng diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada 26 September.
Dr Ng diiringi Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Perry Lim; Timbalan Setiausaha (Dasar) Encik Keith Tan, dan pegawai kanan SAF.
Beliau turut dijadual mengunjungi Jordan dan dijangka bertemu Raja Abdullah II Ibn Al Hussein serta Perdana Menteri, Encik Hani al Mulki, yang juga merupakan Menteri Pertahanan Jordan.
Pada November 2014, Dr Ng mengumumkan bahawa SAF akan menyokong usaha gabungan berbilang negara menentang ancaman ekstremis yang ditimbulkan oleh ISIS.
Sejak pengumuman tersebut, SAF telah mengerahkan pegawai perancang, pegawai perhubungan, pegawai perisikan, pasukan penganalisa imej, serta pesawat tangki Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) KC-135R.
Dunia artis penuh glamor dan kegemilangan serta tidak sepi daripada jerih payah sudah pun ditinggalkan bintang era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari Mohamed Taib, sekitar 30 tahun lalu.
Dengan
DATUK JINS SHAMSUDDIN
“Saya bekerjasama dengan seniman agung, Datuk Jins Shamsuddin, bagi Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa. Beliau seorang pengarah yang sangat posesif...tak
DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD
“Saya anggap Datuk Sudirman Haji Arshad macam adik-beradik saya sendiri. Tak akan ada artis lain yang memiliki keserasian luar biasa dengan saya, yang dapat dirasakan
Jenama Hilton memang tidak asing dalam kalangan mereka yang gemar melancong dengan syarikat perhotelan global itu mempunyai 22 jenama kelas dunia dengan lebih 7,500 hartanah di serata dunia.
Menurut La
Kecoh betul media sosial baru-baru ini, hanya untuk menentukan siapa layak bergelar Biduanita Negara selepas Datuk Sharifah Aini dan Puan Sri Saloma.
Ada warganet yang menyatakan usah dipertikai
Terang bulan, martabak manis, apam balik.
Semuanya merujuk kepada kuih yang sama, hanya namanya berlainan di kawasan berbeza.
Mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya ini lazimnya perlu merancang dan memikirkan hidangan yang sesuai.
Berikut antara idea untuk majlis anda, sesuai untuk minggu ketiga Raya dan
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti