Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen temu Raja Abdullah II, Perdana Menteri Jordan

Sep 28, 2017 | 02:24 PM



MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen bertemu Raja Jordan Abdullah II Bin Al-Hussein serta Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Hani Fawzi Al-Mulki semasa berkunjung ke Jordan semalam.



Dr Ng menekankan hubungan mesra antara kededua Jordan dan Singapura semasa pertemuan ini, selain berkongsi pandangan berkenaan perkembangan keselamatan di Timur Tengah, menurut kenyataan Menteri Pertahanan (Mindef).



Kededua pemimpin juga berbincang tentang ancaman pengganas yang berubah dan bagaimana negara seperti Singapura dan Jordan boleh berusaha secara proaktif untuk menangani ancaman ini.



Dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Hani Fawzi, yang juga Menteri Pertahanan Jordan, Dr Ng dan rakan sejawatannya itu berbincang tentang isu keselamatan.



Kededua pihak menggariskan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menangani ancaman pengganasan yang merentas sempada dan berkongsi pendapat tentang cara menangani ancaman ini, termasuk perkongsian hasil risikan dan program pemulihan individu yang menjadi radikal.





Menurut Mindef, kededua pertemuan itu menggambarkan hubungan pertahanan mesra antara Singapura dengan Jordan.

“Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) berinteraksi secara tetap melalui lawatan dan pertukaran lain,” kata Mindef.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >