Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enggan pakai pelitup: Wanita dikenakan 14 tuduhan tambahan

Phoon Chiu Yoke hadapi 21 tuduhan secara keseluruhan, kes ditangguh ke 23 Julai
Jul 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang dirakam dalam video enggan memakai pelitup di resort bersepadu Marina Bay Sands (MBS) dikenakan 14 lagi tuduhan semalam.



Ini terdiri daripada 10 tuduhan gagal memakai pelitup di tempat awam dan empat tuduhan melanggar perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) tahun lalu.



Phoon Chiu Yoke kini menghadapi 21 tuduhan secara keseluruhan.



Wanita berusia 53 tahun itu sebelum itu didakwa atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai pelitup di luar Mahkamah Negara.



Kesnya ditangguhkan ke 23 Julai. Ikat jaminnya juga telah dinaikkan $8,000 ke $ 12,000.



Phoon didakwa gagal memakai pelitup yang menutup hidung dan mulutnya "sepanjang masa" di pusat penjaja Newton antara 7.20 malam dengan 8 malam pada 8 Mei tahun lalu.



Dia juga dikatakan beberapa kali tidak memakai pelitup di tempat-tempat seperti MBS dan Pasar Tiong Bahru antara 8 Mei tahun lalu dengan 24 Mei tahun ini.



Dia juga dituduh melanggar SHN di MBS yang dia dikehendaki jalani antara 28 Jun dengan 12 Julai tahun lalu sebanyak lima kali.



Ketika meminta ikat jamin Phoon dinaikkan semalam, pihak pendakwa berkata dia gagal menjawab panggilan telefon dan e-mel oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang memintanya untuk membantu dalam siasatan.



Dia juga tidak mahu bercakap dengan pegawai ICA yang menemuinya sebelum sidang mahkamah itu.



Mahkamah juga diberitahu bahawa Phoon sedang disiasat atas satu kesalahan yang dikatakan dilakukannya selepas penampilan sebelumnya di mahkamah pada 15 Jun lalu.



Phoon dikehendaki mematuhi langkah-langkah Covid-19, yang merupakan syarat untuk dia dibebaskan dengan ikat jamin, tetapi dia dikatakan gagal melakukannya.



Phoon, yang tidak diwakili peguam, mengatakan bahawa dia akan menjawab permintaan ICA jika agensi itu mengirimkan surat bertulis atau surat berdaftar ke kediamannya.



Dia berkata dia tidak memberikan alamat e-melnya kepada sebarang pegawai ICA, dan tidak berbicara dengan pegawai ICA di luar bilik pembicaraan, kerana dia "sangat agresif".



Phoon juga menggesa pihak pendakwa agar melepaskan tuduhan baru terhadapnya, dengan mengatakan bahawa dia mengalami ekzema dan kadang-kadang sesak nafas, yang menjadi alasan baginya untuk tidak memakai pelitup.



Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan denda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >