DORTMUND (JERMAN): Juara dunia Jerman akan menyambut lawatan England ke Dortmund malam nanti (4.35 pagi, Khamis) dengan kededua jurulatih bercadang menggunakan peluang itu bagi menguji pemain lebih muda dalam skuad masing-masing.
Namun, persamaan antara Joachim Loew dan Gareth Southgate - yang memimpin England buat julung-julung kali sebagai pengurus tetap - berakhir di situ sahaja.