LONDON: England yang telah melayakkan diri ke kejohanan Eropah Euro 2016 menewaskan Estonia 2-0 di Wembley semalam bagi memelihara rekod kemenangan 100 peratus di pusingan ini.
Gol jaringan Theo Walcott selepas 45 minit permainan dan Raheem Sterling lima minit sebelum wisel penamat memberikan England kemenangan ke sembilan berturut-turut dalam pusingan kelayakan buat julung-julung kali.