Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ERP kekal percuma sebulan lagi sehingga seawal 26 Julai

ERP
Jun 22, 2020 | 07:46 PM



BAYARAN Elektronik Jalan Raya (ERP)  di semua gantri akan kekal digantung untuk sekurang-kurangnya sebulan lagi sehingga 26 Julai, di mana selepas itu harga baru akan mula berkuatkuasa, lapor The Straits Times.



Penyemakan semula harga ERP oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) selepas tempoh ‘pemutus litar’ menunjukkan keadaan jalan raya tidak memerlukan bayaran jalan raya dikembalikan.



Pihak berkuasa itu selepas selesai penyemakan semulanya pada Isnin (22 Jun) berkata: “Berdasarkan pemantauan LTA mengenai keadaan trafik, kelajuan trafik di lebuh raya dan jalan raya utama pada awal Jun kekal optimal.



“Harga ERP di semua gantri lantas akan kekal sifar sehingga penyemakan semula seterusnya harga ERP.



Hasil tinjauan harga ERP seterusnya akan diumumkan pada minggu keempat bulan Julai dan harga baru, sekiranya ada, akan berkuatkuasa pada 27 Julai.



Gantri ERP telah dimatikan sejak 6 April lalu akibat langkah ‘pemutus litar’ yang memperlahankan aktiviti di seluruh pulau, untuk mengekang penyebaran koronavirus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >