Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh akan jalani radioterapi susuli pembedahan

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong akan menjalani radioterapi selama empat minggu berikutan satu pembedahan mengeluarkan benjolan di larinks, atau kotak suara, beliau.



Ia bagi memastikan semua sel barahnya dapat dimusnahkan.



"Sama seperti cuaca sekarang, kesukaran dari segi perubatan menimpa saya bertali arus," tulis mantan perdana menteri itu dalam catatan terbarunya di Facebook.



Dalam catatan itu, Encik Goh berkata benjolan mencurigakan di larinksnya didapati mempunyai sel barah skuamosa.



Walaupun imbasan tidak menemukan kesan sel itu di leher atau dada, beliau akan menjalani radioterapi untuk memastikan semua sel barah dapat dimusnahkan.



"Saya berkongsi episod perubatan saya agar dapat mendorong semua orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara tetap atau tahunan," kata Encik Goh, menggalak orang ramai mendapatkan bantuan perubatan jika mereka mendapati suara mereka berubah dan mereka mengalami benjolan di kerongkong.



Kementerian Kesihatan (MOH) mempunyai program pemeriksaan kesihatan bersubsidi, yang dipanggil 'Screen For Life', yang memberi subsidi tinggi bagi pemeriksaan bagi penyakit seperti barah pangkal rahim, buah dada dan kolorektal.



"Sikap sambil lewa, lambat bertindak dan enggan menerima kenyataan boleh menyebabkan kos tinggai," tulis Encik Goh.



Pembedahan membuang benjolan itu adalah episod terbaru berkaitan kesihatan negarawan berusia 79 tahun itu.



Bulan lalu, beliau mendokumentasikan pembedahannya bagi membuang batu ginjal yang beliau sifatkan agak besar, dan proses pemulihan seterusnya, menerusi beberapa catatan Facebook.



Awal bulan ini, Encik Goh menulis tentang beliau diselamatkan daripada satu serangan semput dan dua arteri yang tersumbat hampir sepenuhnya.



"Hujan guruh saya akan berlalu," kata Encik Goh dalam catatan terbarunya itu. "Saya menantikan langit biru sebelum Tahun Baru Cina - lebih banyak tahun yang lebih baik selepas itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >