Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Estet HDB kekal mudah diakses semua dek falsafah pupuk ikatan, interaksi masyarakat

HDB
Nov 09, 2022 | 05:30 AM



ESTET HDB direka sebagai ruang terbuka dan inklusif bagi memupuk ikatan dan interaksi masyarakat. Sejajar dengan falsafah itu estet HDB tidak berpagar, dan ke-kal mudah diakses bukan oleh penduduk saja, malah orang ramai, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar) Cik Sim Ann.



Beliau bercakap demikian di Parlimen semalam dalam respons kepada usul penangguhan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) mengenai 'Membina sebuah masyarakat bersepadu melalui penggunaan secara bertanggungjawab ruang bersama di estet perumahan awam'.



"Ruang seperti itu, sebagai perkara dasar, sentiasa terbuka, mudah diakses oleh semua dan adalah salah satu perbezaan tersendiri antara perumahan awam dan perumahan privet," kata Cik Sim.



Cik Pereira berkongsi beberapa keluhan penduduknya yang menghadapi kesulitan dan gangguan disebabkan pelawat di taman di bumbung, yang berkelakuan secara ti-dak bertimbang rasa.



"Masalah ini amat ketara pada hujung minggu, menjelang musim perayaan dan cuti umum. Penduduk menghadapi keadaan lif kotor, tong sampah melimpah, perokok merokok secara terlarang dan orang berpesta dengan kuat di kawasan biasa," katanya, sambil menambah bahawa majlis bandaran menanggung kos tambahan untuk membersihkan ruang itu.



Cik Sim berkata beliau faham keprihatinan mereka tetapi daripada perspektif dasar, HDB tidak boleh menganggap taman di bumbung sebagai ruang tertutup eksklusif.



"Kami akur taman di bumbung tidak serupa sifatnya dengan taman terbuka di tingkat bawah," kata beliau, sambil menambah bahawa HDB bekerjasama secara aktif dengan majlis bandaran dan pelbagai agensi pemerintah untuk melaksana langkah tersasar bagi menangani masalah-masalah itu.



Cik Sim memberi contoh SkyVille SkyTerrace berjaya menangani masalah sama.



"Pasukan petugas dibentuk dan mereka meningkatkan rondaan, terutama pada malam Jumaat dan Sabtu, selain peningkatan rondaan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan NEA yang disasarkan pada kesalahan merokok dan membuang sampah," katanya, sambil menambah bahawa langkah itu berkesan dan pelawat berkurangan.



Cik Pereira juga memberi contoh The Pinnacle@Duxton, yang mempunyai teres atas bumbung popular dan pelawat perlu mendaftar dan membayar $6 bagi mengakses bumbung tingkat 50 itu.



Beliau menyarankan langkah pencegahan serupa bagi semua taman di bumbung HDB di seluruh Singapura.



Memberi respons beliau, Cik Sim berkata ia satu pengecualian dan semua taman di bumbung dan teres dalam projek HDB lain kekal terbuka kepada orang awam.



"The Pinnacle@Duxton dinilai pada peringkat reka bentuk projek itu perlu mengehadkan akses ke jambatan langitnya memandangkan pelbagai faktor, seperti lokasi pusat pembangunan, status ikonik sebagai bangunan kediaman HDB tertinggi di Singapura serta keindahan panorama bandar yang ditawarkan," kata beliau.



Cik Sim menambah bahawa sebagai sebuah masyarakat, rakyat Singapura boleh bersikap bertimbang rasa dan berbudi pekerti kepada satu sama lain bagi menjadikan estet HDB ikon kehidupan inklusif dan harmoni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >