LEBIH banyak pilihan dengan ruang lebih luas bagi orang ramai yang berkunjung ke 650 gerai Expo Raya dan Bazar Utara tahun ini.
Selain membeli pelbagai barangan dan kelengkapan Hari Raya dari Indonesia, Syria, India, Malaysia dan negara-negara lain, para pengunjung juga dapat memilih pelbagai juadah berbuka puasa dari 50 gerai makanan di Singapore Expo.